Monday, 14 April 2014

To SPM Leavers : Dana Khas Pelajar Cemerlang Felda

Assalamualaikum wbt.

tadi sembang sembang dengan kawan-kawan aku,diskus tentang zaman kami kena pergi interview untuk biasiswa pada tahun 2013. aku tiba-tiba dapat ilham nak kongsikan pengalaman aku khusus kepada SPM leavers dan yang kepada mereka yang berminat untuk memohon biasiswa FELDA. bukan FGV ye


peringkat pertama:

keputusan SPM aku melayakkan aku untuk memohon biasiswa Felda tersebut. biasiswa tu kalau nak apply, kena at least dapat 8A dalam SPM. nama biasiswa tersebut ialah
"DANA KHAS PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA FELDA"
hahaha.

mula-mula kena isi borang.borang boleh didapati di pejabat Felda masing-masing. pemohon mestilah sama ada Anak Peneroka /Cucu Peneroka /Anak Kakitangan Felda. selain daripada itu memang sorry lah. kalau FGV, dia terbuka untuk semua yang dapat straight As.

setelah isi borang dan ikut panduannya, maka anda hanya perlu tunggu reply daripada pihak Felda sama ada anda dapat atau tidak. Felda akan hantar list mereka yang layak ke peringkat seterusnya kepada setiap Wilayah.

peringkat kedua:

pada peringkat kedua, calon akan menduduki satu ujian yang berorientasikan bahasa Inggeris. dah nama pun nak ke luar negara, mestilah kena speaking kan? ujian berbentuk listening test, reading test dan writing test.
menyentuh pasal pakaian, sebab aku tak tahu ujian itu yang kami kena hadapi, aku pakai habis formal dengan kasut berkilat bagai. tapi tak payah nak formal sangat sebab test tu kau kena duduk je atas kerusi dan jawab. by the way, calon akan menduduki ujian mengikut Felda Wilayah apakah anda. pada tahun aku, terdapat 5 tempat rasanya. di HQ Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Alor Setar, Sabah (tak sure dekat mana) dan satu lagi aku tak sure. aku punya dekat Kuala Terengganu.

peringkat ketiga:

setelah anda berjaya di peringkat kedua, anda perlu menunggu reply dari pihak Felda sama ada layak untuk peringkat ketiga atau tidak. kali ini, Felda akan menghubungi melalui email anda.so, rajin rajinkan diri untuk selalu check email. peringkat kedua biasanya dalam bulan Mei.

di peringkat kedua, semua yang layak dari seluruh Malaysia akan menghadiri interview (sebenarnya lebih kurang speaking test) di HQ Felda. semua berkumpul disitu. pakaian mestilah kena sehabis formal dan sesuai, baru penemuduga akan tertarik dengan kita. jangan terkejut akan soalan yang ditanya. pada waktu aku,memandangkan baru lepas PRU 13, soalan banyak tertumpu berkenaan pilihanraya. tahun ini mungkin ditanya berkenaan MH370 pulak.hehehe.



interview biasanya sekejap sahaja. bergantung kepada siapa yang penemuduga.

kesimpulannya, kedua-dua peringkat ujian lebih kurang untuk sit IELTS (wajib bagi mereka yang buat A-Level)

peringkat keempat:

sekali lagi melalui email, Felda akan menghubungi mereka yang berjaya mendapatkan tempat untuk tajaannya.dan ini peringkat terakhir,ataupun peringkat penerimaan tawaran namanya. segala details akan dikemukakan oleh pihak Felda. kali ini, Felda akan inform melalui panggilan telefon dan details melalui email.pastu ikut je segala arahan yang diberikan oleh pihak Felda.



dulu, Felda ada hantar scholars dia ke INTEC dan lain-lain, tapi bermula batch aku, Felda hanya hantar ke KYUEM.

sekian

p/s: further info on KY's accomodation

2 comments:

  1. hai farah! sorry tapi tak berapa nak pasti pasal tu. cuba cek dekat website felda in case ada announcement regarding the sponsorship.

    ReplyDelete
  2. kakak, soalan2 dalam interview macam mana ye?? susah ke? boleh kak ingat soalan - soalan yang ditanya??

    ReplyDelete