Thursday, 12 June 2025

Ke Pesta Buku Antarabangsa Selepas 5 Tahun

Salam.

Selaku non-avid reader but a tsunduko (orang yang beli buku tapi sampai ke sudah buat hiasan macam aku), kedai buku ni ibarat satu tempat untuk aku lenyap dalam dunia aku sendiri. Apatah lagi pesta buku.

Semenjak sudah bermukim di area hampir ke tengah ibu kota, yes aku dah pindah dari Selangor ke KL hujung tahun lepas, tahun ni dah ada partner untuk bersiar-siar di pesta buku dan seperti yang dirancang awal tahun ni, maka sampailah aku ke PBAKL 2025 yang bertempat di WTC, seperti kebiasaannya (sebab ada edisi tahun bila entah dia buat dekat tempat lain).

Perancangan kena detail, nak naik public transport ke naik kereta, nak bawak luggage ke beg sandang, nak kena keluar pukul berapa, nak stay mana, each nak allocate berapa ringgit.


So yang terjadi di hari kejadian, kami park motor dekat LRT Wangsa Maju sebelum naik LRT ke Masjid Jamek untuk tukar koc di laluan lain sebelum sampai LRT PWTC. Datang masing-masing menggalas beg, malas nak bawak luggage sebab rasa macam tak banyak kot buku nak beli. Lepas tu memang dah set, aku pergi sebab nak survey harga buku je, bukan beli pun. Tapi biasanya apa yang diset ni seperti nelayan, kelaut dia pergi!

Wednesday, 11 June 2025

Berhabuk!

 Sedar tak sedar, last aku sedar yang aku masih ada blog yang aktif adalah tahun lepas wicis the last entry aku pun dated back seawal Januari 2024 nyah!

Kat mana entah aku berhenti tulis pasal that one part of kisah hidup aku yang tak sempat habis karang tu? Nantilah aku rajin, aku sambung tulis.

Tatkala orang dah microblog, aku macam terpanggil nak hidupkan semula rutin bulanan aku semenjak zaman study membawa ke zaman tanam grapes sampailah sekarang - zaman dah kerja yang mana tiap hari asal bangun daripada tidur, the only thing yang aku look up to each day adalah waktu balik kerja.

So basically blog ni berhabuk lagi sekali dan banyak sebenarnya aku plan nak tulis so that in 15 years time, aku boleh baca balik tulisan tidak cukup umur aku. Kadang-kadang ni, kalau setakat kepingan gambar yang aku simpan dalam HDD, aku tak ingat pun gambar tu menceritakan tentang apa.

Saturday, 6 January 2024

Whatever Happened in Those Years Part 2 : Berkhidmat Untuk Negara - Figuratively Speaking (COVID Edition)

 Salam.

Never ever on my mind yang perkataan Berkhidmat Untuk Negara dekat di hujung surat yang aku biasa karang tu boleh jadi satu kenyataan.

Bukanlah aku ni taknak berkhidmat untuk negara. Tapi dalam keadaan masa itu, tak terfikir pulak aku yang aku tiba-tiba kena panggil bertugas untuk jadi sebahagian daripada Petugas Barisan Hadapan Bukan Kesihatan semasa PKP dolu-dolu.

Alkisahnya...

Tuesday, 2 January 2024

Whatever Happened In Those Years Pt. 1: In A Nutshell

 Salam.

Wow! It’s been a roller coaster 5 years since my last entry.

5 tahun dalam sedar tak sedar aku membesar seiring dengan bertambahnya usia.

Dalam masa 5 tahun ni jugaklah aku dapat lihat yang blogging atau journaling itu bukan lagi jadi kegilaan orang zaman sekarang. Majoriti dah beralih ke microblogging seperti X, weibo dan sebagainya.

Apa yang nak di update ye?

Secara sepintas lalu:

  • 2018 - aku masih juggled between karier dan study nak habiskan degree.
  • 2019 - pun masih sama
  • 2020 - PKP bermula. Bermula jugaklah drama emosi dan kecelaruan mental aku yang banyak memporak porandakan self-esteem aku. Aku hilang kawan akibat ini jugak. Sedih wooo, bila orang yang kau duk harapkan sangat dapat bantu kau keluar dari fasa minda kelam menjadi manusia yang aku boleh letak sebagai masa silam