Assalamualaikum wbt.
tadi sembang sembang dengan kawan-kawan aku,diskus tentang zaman kami kena pergi
interview untuk biasiswa pada tahun 2013. aku tiba-tiba dapat ilham nak kongsikan pengalaman aku khusus kepada SPM
leavers dan yang kepada mereka yang berminat untuk memohon biasiswa
FELDA. bukan
FGV ye
peringkat pertama:
keputusan SPM aku melayakkan aku untuk memohon biasiswa Felda tersebut. biasiswa tu kalau nak apply, kena
at least dapat 8A dalam SPM. nama biasiswa tersebut ialah
"DANA KHAS PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA FELDA"
hahaha.
mula-mula kena isi borang.borang boleh didapati di pejabat Felda masing-masing. pemohon mestilah sama ada
Anak Peneroka /Cucu Peneroka /Anak Kakitangan Felda. selain daripada itu memang sorry lah. kalau
FGV, dia terbuka untuk semua yang dapat straight As.
setelah isi borang dan ikut panduannya, maka anda hanya perlu tunggu
reply daripada pihak Felda sama ada anda dapat atau tidak. Felda akan hantar list mereka yang layak ke peringkat seterusnya kepada setiap Wilayah.
peringkat kedua:
pada peringkat kedua, calon akan menduduki satu ujian yang berorientasikan bahasa Inggeris. dah nama pun nak ke luar negara, mestilah kena
speaking kan? ujian berbentuk
listening test, reading test dan writing test.
menyentuh pasal pakaian, sebab aku tak tahu ujian itu yang kami kena hadapi, aku pakai habis formal dengan kasut berkilat bagai. tapi tak payah nak formal sangat sebab
test tu kau kena duduk je atas kerusi dan jawab. by the way, calon akan menduduki ujian mengikut Felda Wilayah apakah anda. pada tahun aku, terdapat 5 tempat rasanya. di HQ Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Alor Setar, Sabah (tak
sure dekat mana) dan satu lagi aku tak
sure. aku punya dekat Kuala Terengganu.
peringkat ketiga:
setelah anda berjaya di peringkat kedua, anda perlu menunggu
reply dari pihak Felda sama ada layak untuk peringkat ketiga atau tidak. kali ini,
Felda akan menghubungi melalui email anda.so, rajin rajinkan diri untuk selalu check email. peringkat kedua biasanya dalam bulan Mei.
di peringkat kedua, semua yang layak dari seluruh Malaysia akan
menghadiri interview (sebenarnya lebih kurang
speaking test) di HQ Felda. semua berkumpul disitu. pakaian mestilah kena sehabis formal dan sesuai, baru penemuduga akan tertarik dengan kita. jangan terkejut akan soalan yang ditanya. pada waktu aku,memandangkan baru lepas PRU 13, soalan banyak tertumpu berkenaan pilihanraya. tahun ini mungkin ditanya berkenaan MH370 pulak.hehehe.
interview biasanya sekejap sahaja. bergantung kepada siapa yang penemuduga.
kesimpulannya, kedua-dua peringkat ujian lebih kurang untuk sit IELTS (wajib bagi mereka yang buat A-Level)
peringkat keempat:
sekali lagi melalui email, Felda akan menghubungi mereka yang berjaya mendapatkan tempat untuk tajaannya.dan ini peringkat terakhir,ataupun peringkat penerimaan tawaran namanya. segala
details akan dikemukakan oleh pihak Felda. kali ini, Felda akan
inform melalui panggilan telefon dan
details melalui
email.pastu ikut je segala arahan yang diberikan oleh pihak Felda.
dulu, Felda ada hantar
scholars dia ke INTEC dan lain-lain, tapi bermula batch aku, Felda hanya hantar ke
KYUEM.
sekian
p/s:
further info on KY's accomodation