Saturday, 22 February 2014

Travelogue : Kuala Lumpur, A Reunion

220214

Assalamualaikum wbt.

hari ini aku telah menyertai 'rombongan' tanpa belajar berbayar ke KLCC.
eceh,betullah,rombongan bersama-sama sebilangan pelajar KY yang boleh dibilang dengan jari ke KLCC dan pergilah kau berjimba kemana sahaja yang diingini.

pada beberapa hari sebelumnya, aku dan kawan-kawan aku telah plan untuk bertemu disana (KL Sentral). Alhamdulillah, Allah izinkan plan kami untuk berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah. biasalah, KL dan kami bersatu tiada.

perjalanan bermula apabila kami seawal pagi yang boleh, masing-masing bergerak dari tempat masing-masing. aku dari KY, seorang dari UiTM PALAM, seorang lagi dari UniKL MICET.

dari KY, uncle driver bas tu turunkan kitorang di KLCC. kawan-kawan aku gerak sendiri (independent kononnya) dari tempat masing-masing dan berkumpul di KL Sentral. kami lunch dekat satu instant food restaurant aje,itupun sembang kencang lagi makan masa dari makan.

seterusnya, kami nak ke Bukit Bintang. masalahnya, seorang pun tak tahu direction nak naik monorel dari KL Sentral ke Bkt. Bintang. kononya nak buat ala-ala backpackers / survivor, kami menggunakan kemudahan teknologi dengan meng google panduan dan brought us nowhere. lastly, kami tanya pakcik yang seeorang depan entrance, aku tak tahulah dia tengah tarik orang naik teksi ke apa.

setelah berjaya memuatkan diri dalam monorel berkenaan dan menujulah kami ke Bkt Bintang. perkara pertama kami cari ialah KPOP GARDEN yang berada di level 3 rasanya. harga yang dijual berpatutan(?) jugaklah.

mereka sibuk dengan EXO mereka, dan aku sibuk dengan LeeSSang aku. nak beli cap,RM30.okeh, murah dari tempat biasa. tapi macam tak worth pulak rasa sebab aku bukan jenis cap people. belek-belek baju, terjumpa baju,dengan LEESSANG printed at the front and harga orang kata boleh nego. RM20. memandangkan aku suka baju-baju, aku beli.


seterusnya bagi melengkapkan agenda kami, pergilah shopping kasut / sandal /slippers whatsoever. most of the time, kami window shopping je. tak larat nak membeli belah.

setelah ke Bkt Bintang, members aku yang baik hati decided nak hantar aku pulang ke KLCC. terkial-kial jugaklah nak ke KLCC tu. salah platform, confuse dengan route, salah lane,masuk bangunan salah, sesat dalam bangunan, menjadi sebati dan sudah semestinya pengalaman berharga buat kami.Insya Allah,lepas ni tak ada masalah menaiki pengangkutan tersebut.

kepada mereka berdua, entri aku kali ini khas untuk korang. terima kasih sudi meluangkan masa, wang, tenaga dan sebagainya walaupun aku tahu kamu berdua sibuk kalah menteri. terima kasih sebab sabar layan karenah aku yang aku tahu, kadang-kadang tak mature, plan berubah sampai tak sudah dan sembang kencang kita sentiasa dalam ingatan dan tetap di sudut hati aku. despite of segala masalah dan tekanan yang dihadapi, aku boleh lupa semua perkara tersebut disebabkan masa yang kita luangkan bersama-sama petang tadi.


No comments:

Post a Comment