Assalamualaikum wbt.
dah lama nak membuka blog yang lagi sikit nak berkarat ni.
nak buat macam mana, internet dekat rumah ini tersangatlah
laju mengalahkan siput sedut berlari-lari anak.
oh ya, aku sekarang tengah cuti semester selama 5 minggu (sebulan puasa + seminggu hari raya, Alhamdulillah).
dan aku menulis entri kali ini dalam bahasa melayu, sekali lagi. WOW!!
(okeh,tak ada benda yang perlu di WOW kan pun sebenarnya.)
hari ini aku terasa nak berkongsi pengalaman aku menaiki pesawat buat pertama kalinya dalam hidup aku.
walaupun penerbangan hanyalah domestik sahaja, tapi pengalaman tersebut sangat bermakna bagi aku.
kiranya, entri kali ini khas untuk
dummies macam aku.
penerbangan dari Subang ke Kota Bharu yang berlepas kira-kira jam 2035 pada 280614 sempena cuti semester aku.aku dengan seorang lagi sahabat baik aku boleh dilabel sebagai
dummies. pergi sana pun aci redah je kecuali
part nak ke lapangan terbang Subang tu, sebab van KY tolong hantarkan.
flight kami pukul 8.35pm dan kami dah berada di Lapangan Terbang Subang tu kira-kira pukul 2.10 pm.
ya, BAPAK AWAL!!
kami pergi sana dan terus buat security pass whatsoever nama dia dan pergi beratur nak
check-in.
HAHAHAHA.
yes,
we supposed to check-in dalam masa 2-3 jam sebelum
departure time tiba. tapi kami melulu pergi semedang lalu beratur dan bila sampai dekat kaunter, akak
firefly yang
in charge kaunter tersebut menerangkan kepada kami tentang prosedur yang sebetulnya seperti perlu serahkan / tunjukkan IC sewaktu diminta (
check-in, sewaktu melepasi
departure gate yang aku tak pasti apa orang panggil - yang kena scan bagai tu, dan sewaktu melepasi
boarding gate)
kami dalam hati,
nak belajar dan survive tak boleh malu buat salah
selepas itu, kami menghabiskan dan mensia-siakan lebihan masa kami yang selama lebih kurang 6 jam dengan merantau seluruh pelosok lapangan terbang tersebut.
lunchchillax dekat tingkap sambil memerhatikan pesawat-pesawat berlepas
melihat matahari terbenam (salah satu benda kesukaan aku tambah-tambah bila kamera melekat di tangan)
lebih kurang pukul 6pm, kami pergi
check-in barang-barang kami.
fortunately,firely mengenakan 20kg sebagai had untuk berat
luggage engkau dan maksimum 2 beg ditangan yang boleh dibawa masuk pesawat.
well, aku rasa sampai disini sahaja yang ingin aku coretkan kerana prosedur dia tak susah mana pun sebenarnya.
oh ya, suraunya ditingkat atas (kami mengalami masalah mencari surau dekat sana itu hari).
suraunya tidaklah besar mana tapi so-so .
nah aku belanja korang a few pics yang sempat di
snapped oleh diri ini yang bajet-bajet jurugambar amatur.