hari ini rasa nak menulis pasal pemergianku ke IT Fair yang diadakan di Mid Valley Exhibition Centre (kot nama dia), di Kuala Lumpur semalam.
IT Fair yang diadakan itu berlangsung dari 17-19 Januari 2014. kali ini tak crowded macam last time aku pergi. mungkin sebab IT Fair kali ini diadakan di tengah-tengah bulan, gaji belum masuk mungkin. hehehe
aku pergi kesana dengan tujuan untuk mencari flash drive sebab last time aku beli, benda tu hilang dalam ITLab. brrrr. selain itu, pergi untuk berjumpa dengan buda-budak maktab aku dulu. walaupun tak ramai turun, tapi rasa gembira tetap ada.
![]() |
16GB - RM26 |
aku beli speaker. RM19. setakat ini, puas hati lagi. member aku kata, ni kalau dia bagi salam nak masuk rumah aku, sampai sudah tak ada orang nak jawab,.hehe
kebetulan pada hari aku pergi, ada buat persembahan tarian singa. sempatlah aku snap gambar dan rakam.
![]() |
ramai orang yang berkumpul nak tengok tarian singa |
selain itu, pergi untuk berjumpa dengan buda-budak maktab aku dulu. walaupun tak ramai turun, tapi rasa gembira tetap ada. terima kasih kepada kawan-kawan; Syazwan, Naim, Liyana, Aimi, Fauzan, Reza, Shazwan kerana meluangkan masa untuk bertemu walaupun sesetengah tu aku tak sempat jumpa pun.
No comments:
Post a Comment