Saturday, 7 February 2015

Where To Download Movie

Selama aku hidup di KY dekat 2 tahun ni, aku sering diserang dengan soalan merangkap pernyataan cenggini;
"Akmal! nak pegi bilik kau malam ni!nak copy Running Man!!!"
"Eh nak copy Hindustan weh! ada yang baru-baru tak?!!"
" Akmal, nanti tolong download-kan K-Drama tajuk blablablabla..."
obviously kami tak sebut terma K-Drama tuh

takpun;
"Kalau kau dah download  movie Siakap Senohong Gelama Ikan Duri tu habaq aku dowh.nanti kita buat tayangan weekend nih ye!"
sila baca setiap dialog dengan intonasi yang betul. bila part ada tanda seru (!) sila baca dengan jeritan yang kuat sehinggakan roommate hangpa boleh dengar dan dijerit dengan tegas.

well, basically begitulah perangai kawan-kawan aku. yang layan Running Man akan mintak stock RM dari aku saban minggu dan macam-macam lagilah. sampai kadang-kadang aku rasa macam aku telah menginovasi suatu kerjaya baharu di abad ini yakni Downloading Engineer. okeh merapu!

seperti yang sedia maklum mahupun yang belum maklum, WiFi KY ni amatlah nazak taraf kesihatannya.macam biskut pun ada gak. kalau tak percaya, tanya saya.

so bila bebudak ni tanya;
"Akmal!Kau download movie 'Kau Mulut Bau Longkang' tu kat mana dowh?? mesti best gila quota Pelan Internet kau besar macam lori.sedap jerr download movie."
lalu aku membalas pertanyaan berbaur pernyataan mereka:
"memang taklah kalau nak download movie pakai data sendiri. KY kan ada WiFi.HAHAHAHAHAHAHAH"
keterbahakan gelak aku jelas didengari umpama gelak yang nak makan penampar aje.

dorang bila dah tahu rahsia aku, maka teruslah:
"OOOOO.KAU LA PUNCA INTERNET SLOW MACAM ARNAB YE!!!!TAPI AKU NAK COPY JUGAK RUNNING MAN DARI KAU!!"

*70% dari dialog adalah rekaan dan telah diubah oleh penulis tanpa mengubah maksud asal perbualan

aku memang pengguna WiFi KY yang tersabar di abad ini despite kelajuannya mengalahi kelajuan cahaya yang jika dibandingkan dengan kura-kura yang berlari, nescaya arnab akan menang perlumbaan tersebut.

okay, gila panjang mukadimah dia. tapi pengenalan tu memainkan peranan penting terutama kepada mereka yang nak tahu keadaan KY macam mana sebenarnya.

maka aku akan terus straight to the point .Aku boleh dikategorikan sebagai pengunjung websites berikut yang tetap dan setia. tapi sebab aku baik hati hari ini, aku rasa macam nak share dekat engkorang kat mana nak download movie dengan kualiti SD at least.

click on the links below to download
or watch movies online
  • English
  • Malay
  • Hindi
  • Korean /Chinese /Hong Kong /Taiwan
akhir kalam, enjoy clicking the links and visiting the sites

No comments:

Post a Comment