Wednesday, 25 February 2015

Travelogue : Kuala Lumpur & Zoo Negara Trip

Abah aku suka sangat tengok haiwan. kalau dia bukak tv, tak sah kalau tak bukak AWANI, BERNAMA dan NATGEOWILD.

Haritu aku dan akak aku cuti CNY seminggu dan memang dah plan sebelum cuti lagi nak pergi Bukit Tinggi lah, Bukit Fraser lah tapi plan kitorang tergendala sebab abah aku lepas tengok panda keluar buletin tv3 terus ajak kitorang pergi zoo. You heard it right, pergi zoo.

Plan seasal-asalnya adalah untuk ke Genting Highland nak naik cable car tapi tak jadi sebab under maintenance.

Kitorang gerak ke KL lebih kurang pukul 8.00 am dan singgah sarapan roti canai di kedai makan dekat dengan rumah. Ingatnya kalau sampai KL awal, hari tu jugak abah aku nak bawak kitorang masuk Zoo Negara tu tapi sebab jalan jammed yang amat kami sampai KL dalam pukul 3.40 pm ++. Maka plan terpaksa dibatalkan dan terus checked in di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH).

Lepas baring-baring dan memasing mata melekat dengan phone, kami pergi Jalan TAR nak beli kain nak buat raya. Awal gilos beli kain pasang hahahaahahha. Takut gila masa jejalan sebab crowded gila dan bangla merata. Berjalan lelaju dan cuak je itu hari.

Perasaan masa jejalan tu umpama rasa tidak selamat kerana berada di negara sendiri. Engkorang pernah tak rasa macam tu?

Lepas berjaya membeli 5 pasang kain, kami kembali ke kereta dan abah aku ajak pergi SOGO. Abah aku basically ada habit melencong ke SOGO tiap kali pergi KL aku pun tak tahu kenapa beliau menggemari tempat seperti itu.
Jom shopping seluar dekat SOGO-Abah, 2015
percayalah, tiap kali plan nak beli sesuatu dekat SOGO, kitorang akan end up berjalan keluar dari SOGO dengan tangan kosong walaupun SOGO tengah buat clearance sales masa tu.


 Ahad, 22 Feb 2015


okay, ni baru nak masuk cerita sebenar hahahahahaha
. Pendahuluan gilo panjang budak ni nulis hihihih
Roti canai cecah teh tarik

pepagi buta abah dah kejut suruh aku dan kaklong pergi mandi dan sarapan dekat hotel dan kami bersarapan dengan sungguh-sesungguhnya. Masa tu  abah dalam dilema sebenarnya sama ada nak pergi zoo ke tak sebab takut tak sempat nak hantar aku ke KY dan kaklong ke TBS.

so, aku dah prepared mental dan fizikal untuk tidak pergi ke zoo dan terus ke KY dengan mengenakan uniform malas aku (t-shirt hitam, cardigan hitam, seluar hitam dan tudung hitam) tapi abah tiba-tiba cakap
Jom pergi ZOO NEGARA!!!
Ingatkan cuaca tak panas sangat, sekali ambik kau panas menggila!! Padan muka siapa suruh pakai all-black!


Entrance Ticket
Entrance Fee

 Sampai sampai je dekat zoo, terus serang Animal Show yang biasanya pukul 11 am dan 3 pm sahaja


Selfie bughuk!!
Crowded!!
First time aku jumpa panda kurus cenggini.
Datang Malaysia tak jumpa buluh lettew
Ikan makan setahun tak habis
Chumilllnya burung penguins ni OMG!!!
Penat berjalan kaki, kami naik tram.
Bayaran : RM5 untuk dewasa Warganegara seorang

Bila sampai dekat satu checkpoint, tram berhenti dan berjalanlah engkau kemana sahaja kakimu ingin pergi and kitorang decided nak pergi melawat Panda.


Unta bonggol satu dekat aje dengan tempat Panda tu
Sampai aje dekat Conservation Center tu, kena pergi dengar taklimat dulu and tempoh lawatan only lasts for 15 minutes per trip sebab pergi dengan segerombolan manusia yang lain dan kena follow a few rules:
  • Remain silent throughout the visit
  • No flash when taking photos of panda
  • No drink and food inside the Conservation Center
  • Visitors aren't allowed from feeding the Pandas 
Mari mengenali Panda


Kitaran hidup seekor panda
Pandakah??




Aku tengah gigit buluh pun kau sibuk nak amik gambo??!!!
Panda, 2015
Abah dan selfie
Aku datang melawat, dia duduk peluk kayu pulak.
Homesick barangkali
Panda malas
Suhu tempat tinggal Panda
Ma : Tak sakit gigi ke panda ni dari
tadi gigit buluh tu??

Lepas keluar dari kawasan Panda, singgah kejap dekat Kedai Cenderamata.
Cute je semua souvenir yang dijual and harga pun cute jugaklah.

Comelcomelcomelcomelcomelcomelcomel


pilih magnet fridge

Aku tak sure ni corak panda ke lembu New Zealand hahahaha
p/s : mak aku sebelum beliau tengok panda depan mata, dia ingatkan panda tu macam arnab hahahahahahahaaha

No comments:

Post a Comment