bangga kot skill parking dan speeding aku di muka jalan raya masih lagi terserlah.
perjalanan bermula sekitar 9.30 am setelah ayahandaku penat mengerah aku dan bondaku untuk bersiap cepat-cepat, khuatir akan ketidak-sempatan untuk menjamah nasi kerabu di restoran berdekatan. Namun malangnya, hajat dihatinya hanya tinggal hajat semata-mata kerana nasi kerabu dah habis dan yang paling takleh blah bila jelas terpancar kekecewaan di mukanya huahuahua.
lebih kurang dalam setengah jam kemudian lepas kitorang bersarapan dengan apa sahaja yang ada di kedai makan tu, abah aku tanya cik pekedai tu lagi sekali if nasi kerabu yang baru ditanak sudah masak ke belum. sedikit moral yang boleh diambil di situ ialah jangan mudah berputus asa ye kalian semua.
lebih kurang dalam pukul 10 lebih jugak la sebenarnya perjalanan tu bermula.
singgah di Petronas dekat simpang Kechau, singgah tidur sebenarnya. maklumlah co-driver (read : abah) kata dia mengantuk yang amat and suruh aku berhenti beli goreng pisang. well, basically aku still tak dapat brain lagi kaitan pisang goreng dengan mengantuk ni sampailah sekarang.
next stop ialah di Bentong sebab nak lunch nasi ayam tapi taktau kenapa nasi ayam kat situ tak sedap tahap gaban.
nota:nasi ayam kelantan dengan yang diluar kelantan sememangnya ada sedikit perbezaan
masa kitorang masuk KL, hujan tengah lebat dan jalan agak licin. bawak kereta pulak speed dekat 100km./h. masa tak hujan bawak macam siput je.hahahahha.acah acah nak show off skill konon.blerghh.
lebih kurang pukul 5 kami sampai Tanjong Malim. yang paling best bila nampak signboard Kolej Yayasan UEM dekat flyover, aku yang tengah speeding elok je tekan brake nak kasi slow kereta and mintak abah kesayangan orang ramai ku untuk snap gambar beberapa keping. free je makan hon driver belakang.
![]() |
sorry abam abam dan pakcik pakcik drivers belakang aku sebab tetibe brake tadi =P |
setelah checked in dalam lebih kurang pukul 6pm, bermulalah aktiviti riadah (berehat-rehat-sambil-jari-dan-mata-masing-masing-melekat-pada-handset-dan-laptop-memasing)
dinner dalam pukul 8pm di Perahu Pecah Seafood.
![]() |
abah aku tetiba kempunan lai chi kang so belilah semangkuk |
![]() |
tengok mamat meja belakang order air bandung then rasa terliur, terus aku order hahahaha |
![]() |
nasi goreng pattaya aku. 3 dari 4 bintang sebab aku pernah makan yang lagi sedap dari nasi goreng yang ini. |
![]() |
kuey teow ladna terbaik yang pernah aku rasa. 5 Bintang aku kasi! |
![]() |
nasi goreng biasa. tak dan nak ambil gambar secara proper, bondaku sudah melantak haila |
No comments:
Post a Comment