Tuesday, 6 January 2015

Travelogue : KL-Melaka part 1

Pada 8 Februari 2013, sewaktu aku masih lagi menunggu keputusan SPM diumumkan dan sempena cuti Tahun Baru Cina, abah aku decided untuk membawa family-nya yakni (ma, kaklong dan aku) untuk bercuti jejalan lenguhkan kaki ke ibu kota yang dicintai; Kuala Lumpur dan ke Melaka. abang aku tak dapat nak join atas sebab dan alasan yang diberikan beliau agak kukuh hingga membolehkan beliau escape dari trip ni. lagipun abang aku mana maunya nak jejalan dengan kitorang ni huhuhuh.

perjalanan kitorang bermula selepas subuh, dalam lebih kurang pukul 8 lebih sikit-sikit. (ini tak bermakna yang kami subuh pukul 7 lebih ea...)


bukan teh tarik tertarik
singgah di bandar baru Gua Musang, pekena roti canai teh tarik sekadar alas perut. alas perut la sangat pagi-pagi buta pegi tibai makanan tinggi kalori acah aku kesah je selama ni hewhewhew.

Abah dan baju FELDA beliau.buat gaya macho sket bah!

welcome to Bentong,
diambil menggunakan kamera HTC OneX



sepanjang-panjangnya Bentong ke KL, ada banyak gerai yang jual nangka madu rasa dia memang thorbaik baq hang. korang patut singgah, tengok, beli dan makan kalau korang buatnya guna jalan ni.



sedap gilo nangka madu pakcik ni.
lagi sedap dari mi bandung warung pak san whahahhhaa
abah aku merupakan perancang perjalanan yang tak tetap pendirian kalau engkorang nak tahu. sepanjang perjalanan asyik nak diskus sama ada nak ikut plan A atau plan B.
plan A : bermalam di KL semalaman dan jejalan di KL sehari suntuk
plan B : jejalan di KL then terus bertolak ke Melaka dalam hari yang sama
diskus punya diskus, then kami sebulat suara untuk ikut plan A.

kami menginap di  Hotel Elegant Inn dengan rate untuk semalaman yang murah (aku tak ingat kitorang amek bilik yang rate below RM100 ataupun ++RM100 tapi tak sampai RM130 pun yang kitorang amek.

bilik dia ok tahap tak ingat la. abah aku selalu tidur hotel ni kalau dia outstation ke KL, so dah biasa dengan pekcik hotel tu.

selepas checked in, kami terus angkut luggage naik bilik then turun balik sebab niat utama adalah jejalan so kita kenalah keluar jejalan ye dok?
dalam lift pun nak selfie abah aku ni
padahal ni kaklong punya keghoje

then kitorang naik public transport menuju ke lowyat, well abah aku and aku memang ngam kalau bab bab gajet bagai ni.
cumil kan daddy and mommy I.ouh suwitt.
ohmaigad no geli pulak apa aku tulih ni

 pastu pusing-pusing pergi Berjaya Times Square. seriously, jejalan KL buat kitorang taktau nak g mana sebab most tempat dah pernah pergi. so kira macam revisit je la ni.
aku macam biasa jadi cameraman dan abam baju hitam tu identitinya tak diketahui
malah beliau enggan berundur tepi sket walaupun kitorang dok bising-bising nak amek gambo.
tak paham bm agaknya.

the worst nightmare.
dulu aku naik bendalah roller coaster tu sambil tutup mata mengucap tak sudah-sudah

setelah penat pusing-pusing, terus plan nak pergi dinner di satu restoran ni yang aku tak ingat nama dia apa tapi area Kuala Lumpur International Hotel jugak la. kedai dia agak besar kaler hijau hijau muda time aku pergi itu hari. anyone dapat gist tak pasal restoran thai ni??


nyumnyumnyumnyum oopss teh o ais aku termasuk sekali lorh

Ikan Siakap masak 3 rasa

sayur campur

telur dadar - my favourite
setelah puas makan-makan dan minum dan sembang dan observe orang lalu lalang, abah pegi bayar and kami masuk balik hotel untuk tidur (tapi most yang aku buat adalah online sebab wifi hotel ini amatlah tidak mengecewakan pelanggannya)

bunga dekat kepala katil bilik hotel pun hengkau boleh amik wahai kakakku.
kalau berkenan, silalah print dan tampal di dinding bilik memasing
tamat bahagian 1


No comments:

Post a Comment