Monday, 26 August 2013

Travelogue : MRSM FELDA, Mini Reunion

Assalamualaikum w.b.t



sudah lama aku tak post di blog.. tiba-tiba rasa nak post sesuatu yang aku rasa amat berharga.

KENANGAN

pasti semua orang akan ingat kenangan yang tercipta sebagai satu memori yang paling bermakna dan tak mungkin akan kita lupakan. inilah ceritanya.

pada 24 Ogos 2013, kami bekas pelajar maktab planned nak pergi maktab. almaklumlah,sudah lama tak pergi ke maktab terchenta tu. planned dah baik punya. aku ngan 2 orang member aku yang duduk dekat KY ni planned nak stay overnights kat sana dari Jumaat. nak jimat kos pengangkutan punya pasal, walaupun agak mahal, tapi for the sake of the people yang aku sayang sangat-sangat kami sanggup pergi naik teksi (memang nak kena naik teksi sebab takde bas akan masuk ke kawasan tu). lebih kurang RM25 bahagi 3.

sampai di Stesen Bas Tg. Malim, kami separated sebab dua orang tu katanya nak stay di hostel maktab and aku pulak stay dekat rumah member di Felda G. Besout. dipendekkan cerita, kami buat Mini Reunion (MiniOn) tu pada hari Sabtu.

sesungguhnya hari Sabtu tu memang sesuatu yang indah untuk diingati dan dikongsi. kenangan pada hari itu memang tak akan terpadam dari benak fikiran dan ingatan Insya-Allah.

aku dan member aku gerak dari Besout lebih kurang pukul 2 petang. sampai aje disana terus kami serbu rumah cikgu kami yang merangkap ketua bahagian exams and so on. beraya kat sana. sampai sana, bihun goreng dah habis. cikgu kata duduk diam diam sebab cikgu nak masak nasi goreng. kami yang sudah lama tak jumpa, apa lagi.. mulalah membuka cerita. banyak benda yang nak dikongsi. kalau kasi masa seminggu pun belum tentu habis cerita tu.

mulut tengah penuh, sempat lagi diorang ambil gambar


bila nasi goreng dah masak, kami beralih dari kuih muih kepada nasi goreng.laku kot nasi goreng cikgu. rata-rata dari kami ada yang tak makan tengah hari lagi. aku, even dah makan tengah hari dekat rumah member Besout tu, still makan dengan excited dan jayanya. hahaha




Peace y'all


yang paling best bila kami dah nak berangkat kerumah cikgu lain pulak. cikgu kami- Cikgu Ina siap kasi duit raya. walaupun tak sebanyak mana, tapi aku rasa amat-amatlah worth untuk melengkapkan lagi kenangan yang sedang tercipta tu. RM2 tu memang susah nak jumpa. bukan senang tau nak dapat duit raya dari cikgu tambah-tambah bila yang pergi beraya tu budak yang sama batch and sama sama gila kepalanya.

lepas beraya di rumah cikgu Ina, kami ke rumah cikgu Fizik kami, yang dah lama gila tak jumpa sebab masa SPM tu dia dalam pantang. last jumpa pun masa ambil result, tapi jumpa cenggitu je sebab semua orang tengah rushing. masa sampai di rumah cikgu Sal, dia terkejut
"Kenapa datang tak bagitau?? dah habis dah kuih raya.."
sorry la miss,, kami suka buat surprise ni.hehe..

 lepak kejap dekat rumah cikgu Sal, kami pun decide nak ke  library sebab plan asal just nak ambil magazine je. ter-beraya-sakan-lah pulak dekat rumah cikgu. ada yang dah ambil majalah, meneruskan pemburuan raya di rumah cikgu lain.


Yang ni semua member aku. aku cameraman.
kami dalam perjalanan nak ke library.

Labs and Workshops Block


bila masuk library, seriously lain gila. nampak sangat dah lama tak pergi. kolam yang batch kami buat tahun lepas selepas SPM makin cantik. heheh..suka pulak. sudah dapat majalah maktab, kami bergambar kenang-kenagan. Alhamdulillah, the most precious moment ever yang takkan terluput.


Depan library. yang Batch aku buat tahun lepas. Do proud

Library

Academic Blocks. yang dua tu gelanggang petanque


Cafeteria - ternampak bas maktab



thanks kepada semua yang join MiniOn ni. kehadiran korang amatlah dihargai. kepada yang tak dapat datang, takpe sebab semua orang ada urgent matters masing-masing. kita cuti tak semua sama.tak dapat jumpa kat sini, jumpa pada masa akan datang Insya-Allah.

Mini Reunion 240813 - love you guys to pieces

No comments:

Post a Comment