Salam.
Selaku non-avid reader but a tsunduko (orang yang beli buku tapi sampai ke sudah buat hiasan macam aku), kedai buku ni ibarat satu tempat untuk aku lenyap dalam dunia aku sendiri. Apatah lagi pesta buku.
Semenjak sudah bermukim di area hampir ke tengah ibu kota, yes aku dah pindah dari Selangor ke KL hujung tahun lepas, tahun ni dah ada partner untuk bersiar-siar di pesta buku dan seperti yang dirancang awal tahun ni, maka sampailah aku ke PBAKL 2025 yang bertempat di WTC, seperti kebiasaannya (sebab ada edisi tahun bila entah dia buat dekat tempat lain).
Perancangan kena detail, nak naik public transport ke naik kereta, nak bawak luggage ke beg sandang, nak kena keluar pukul berapa, nak stay mana, each nak allocate berapa ringgit.
So yang terjadi di hari kejadian, kami park motor dekat LRT Wangsa Maju sebelum naik LRT ke Masjid Jamek untuk tukar koc di laluan lain sebelum sampai LRT PWTC. Datang masing-masing menggalas beg, malas nak bawak luggage sebab rasa macam tak banyak kot buku nak beli. Lepas tu memang dah set, aku pergi sebab nak survey harga buku je, bukan beli pun. Tapi biasanya apa yang diset ni seperti nelayan, kelaut dia pergi!
Sampai aje di stesen LRT PWTC, kami bypass masuk Sunway Putra Mall dan sempatlah tegur kucing-kucing dekat satu pet shop ni yang sememangnya taknak layan kita. Kami teruskan perjalanan dan ramai sungguh umat Nabi Muhammad ni, berpusu-pusu semuanya nak ke WTC. Itupun dah seawal 11 pagi. 11 pagi sebab masa atas LRT bercampur salah platform/laluan bagai.
Rancangannya kali ni, kita mula dari aras atas pastu turun ke bawah. Aras 3 & 4 sangatlah crowded ye tuan/puan. Mungkin disebabkan publishing house yang gah namanya bukak booths dia orang. Aku memang dah aim nak tapau JS's reprints under Manes Wordworks. Yalah, masa JS tutup 5 tahun lepas, mana nak ada duit sangat nak memborong.
Tahun ni kira bertuah sebab dapat jumpa ARW depan-depan di booth The Patriots, dekat aje dengan booth IMAN yang besar gedabak. Dah macam suku floor aje dia punya. Tatkala semorang tengah borong titles karya Teme Abdullah, aku pulak memborong Norhafsah Hamid.
Siap main treasure hunt lagi dekat IMAN.
Elok membayar, terus pergi MM untuk tapau 5 buah titles sebelum akhirnya menuju ke jalan pulang. Nearly jam 4 jugak aku melangkah ke SPM untuk solat dan makan. Penuh orang. Silap jugak aku pergi time weekend.
Aku harap pihak berwajib ni pasanglah hand bidet dekat toilet yang banyak-banyak dekat WTC dan SPM tu. Mudahkanlah sikit urusan orang-orang kita yang majoriti muslim ni.
Anyway, berikut merupakan hasil borong aku yang tak seberapa. Ini tak termasuk yang aku borong secara online sempena PBAKL.
Tapi betullah, buku sekarang macam mostly nearly RM30 dan ke atas dan buku banyak kertas warna kuning macam zaman dulu kat sekolah pakai kertas giling tu.
Konklusinya, ni aku dapat daripada booth MM masa nak bayar. A token of gratitude untuk pembeli kot.
No comments:
Post a Comment