Saturday, January 6, 2024

Whatever Happened in Those Years Part 2 : Berkhidmat Untuk Negara - Figuratively Speaking (COVID Edition)

 Salam.

Never ever on my mind yang perkataan Berkhidmat Untuk Negara dekat di hujung surat yang aku biasa karang tu boleh jadi satu kenyataan.

Bukanlah aku ni taknak berkhidmat untuk negara. Tapi dalam keadaan masa itu, tak terfikir pulak aku yang aku tiba-tiba kena panggil bertugas untuk jadi sebahagian daripada Petugas Barisan Hadapan Bukan Kesihatan semasa PKP dolu-dolu.

Alkisahnya...

Sebaik sahaja aku selesai jawab soalan final exam untuk Semester ke berapa entah tak ingat sekitar hujung Januari kalau tak silap, ada orang called aku.
Aku ni dah la fobia dengan panggilan telefon, dapat pulak daripada nombor yang dikenali ni makin gabra dibuatnya.

Aku masa tu periksa dekat rumah secara online mematuhi tatacara pengendalian pengajian la kiranya. Semuanya online. Exam pun online. Tapi lenguh jugak tangan menulis jawapan atas kertas kajang sebelum kena ambil gambar jawapan dan upload ke sistem.

Berbalik kepada panggilan telefon, orang JPA yang called aku. Tak ingat nama la tapi.

"Salam. XXX kan?" aku mengiakan.

"Saya XXX dari Bahagian XXX di JPA. Nak maklumkan yang nama dipanggil sama untuk terlibat dalam arahan bertugas semasa proklamasi darurat. Tugas merangkumi kerja-kerja berkaitan dengan program vaksinasi nanti. blablabla..."

"Nanti akan ditempatkan di PKD Kepong. Dekat je dengan office. Rumah kat mana ye?"

Aku respon nama kawasan rumah aku.

"Oh tu lagi dekat. Dalam 10 minit dah sampai tu. Tempat vaksinasi tu nanti di area XXX (bukan PKD tapi somewhere in Jalan Duta area seingat aku)"

"Haaaa ok ok. Nanti saya fikirkan ye," aku balas sambil mencongak-congak dalam kepala otak.

Alamak. Dahla kerja banyak kat office. Time ni la kau nak recce availability pulak.

Tak sempat habis mencongak, orang JPA terus memintas,

"Kita call ni bukan nak suruh fikir dulu. Memang kena pergi. Ni sekadar makluman awal. Wajib pergi. Sebab ni under darurat dan arahan direct dari YDPA,"

Haaaaa!!!!!

Dipendekkan cerita, aku ditakdirkan untuk menggalas tugas sebagai PT Bantuan sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi daerah Kepong KL. Banyak benda baru yang aku belajar. Menjadi manusia yang sesat dalam environment kesihatan bukanlah sesuatu yang terlebih menyeronokkan kerana ibarat ada dua wavelengths yang berasingan tapi kau tetap kena embrace situasi. Cara kerja skim tu pun dah berbeza.

Pada peringkat awal, program PICK tu untuk frontliners je dulu sampai ada dua cohort ye untuk fasa satu tu. Aku dapat vaksin pada hari terakhir fasa satu untuk kedua-dua cohort. Masa dos pertama, bengkak la jugak tangan. Cucuk hari Jumaat, esoknya dah pergi melepak dengan member sekolah dengan lengan bengkak. Member pulak kadang-kadang sembang sambil tampar-tampar. Ngilu ye.

Seterusnya bersambung ke fasa dua dengan fokus kepada golongan rentan (warga emas dan yang berpenyakit). Masa fasa satu cohort satu kami di KK Jinjang. Masa cohort 2 di Dewan Komuniti Manjalara (kalau tak salah nama dia). Fasa 2 pun buat dekat situ jugak.

Tak lama kemudian, dapat berita PPV kami kena bergabung dengan PPV under PK Setiawangsa kalau tak silap. Bertukar tempat di MITEC. Lagi grand. Tapi makanan selalunya kurang memberangsangkan dengan kombinasi pelik-pelik. Aku pun tak faham. Masa yang bergabung ni, sahabat baik aku dah tak ikut sebab dia diarahkan untuk station di COVID Assessment Centre (CAC) Sri Delima yang dekat Jalan Kuching tu.

Aku rasa dalam dua bulan je aku dekat MITEC tu sebab tak lama selepas tu ditakdirkan bahawa PPV tu akan diambil alih oleh Klinik Swasta. Yang ni malas nak sembang lebih. Aku balik ke PKD semula, stationed seminggu di Unit Farmasi Logistik (UFL) sebelum kena pergi ke CAC Sri Delima selama 3 minggu.

Sebulan kemudian, aku dipanggil pulang ke Jabatan asal kerana terdapat keperluan menuntun. KBS handled MyVAC dan dalam masa yang sama, tempat aku kerja was gearing up untuk pembukaan fasiliti secara berfasa. Jadi banyak benda yang nak kena cover.

Konklusinya, aku tak sempat nak rasa sangat istilah Bekerja Dari Rumah sebab 90% (dari PKP mula diperkenalkan sehinggalah PKP habis) aku insan yang terpilih untuk hadir ke pejabat. Kita kan kebal kobit.


Sedikit kenang-kenangan.

Taklimat sebelum kejadian:



Sewaktu rehat. Kerusi kosong yang biasanya penuh dengan orang tunggu giliran nak vaksin:


Sahabat-sahabat sama-sama pening tiap hari dok ulang tanya soalan sama sampai beratus-ratus orang dekat kaunter pendaftaran di sistem:


Sewaktu di KK Jinjang, kami dapat makanan percuma setiap hari jugaklah:


Tiba-tiba kena tukar ke Manjalara:




Eh pastu kena pindah pergi MITEC pulak. Vaccinee bertambah ye:


Minggu pertama, kandang ni panjang gila. Tak lama tu dia bukak tambahan dewan dengan setiap dewan diuruskan oleh lain-lain management:


Di MITEC kita kerja ikut syif. Kalau syif malam, biasanya dalam pukul 10 baru aku sampai rumah. Housemates dah tinggal nak lelap dah:


Hari terakhir di MITEC sebelum kena patah balik PKD. Ada sape entah belanja kek. Aku tukang makan je:


Punch out terakhir di MITEC:


Seminggu di farmasi, kita kena tukar pergi CAC. First week aku dah ada emotional turmoil dengan active cases:


Masa ni aku dah balik ke Jabatan asal. Tapi masih berhubung dengan akak-akak farmasi. Ni waktu makan tengah hari dekat area Gombak kalau tak silap. Sekarang? Entahlah. Mungkin dah ditakdirkan untuk ceritanya sampai situ sahaja. Everyone has run due course in my life I believe.



No comments:

Post a Comment