Sunday, 13 April 2014

DR Fazley Yaakob : Warna Kegemaran & Personaliti

Assalamualaikum wbt.

dah lama tak menulis.agak busy jugak dalam 2 minggu lepas sebab kena menghadap Trial AS. for the whole 2 weeks, memang guna untuk study,jawab paper, sembang mengumpat dan sebagainya. hari itu,ada dengar dekat radio Era fm tentang motivasi yang diberikan oleh Dr Fazley Yaakob tentang warna kegemaran dan personaliti. okay,aku tahu bunyi cliche, tapi aku rasa benda ni menarik untuk dikongsikan bersama-sama.

sepanjang aku dengar radio tersebut,mesti aku get ready dengan pen untuk jot every single yang beliau cakap.
disini antara beberapa yang sempat aku salin sebab aku tak sure berapa banyak warna sebenarnya yang beliau cakap.
  •  Hitam

  • seorang yang misteri (mysterious)
  • orang yang meminati hitam akan sentiasa melindungi diri mereka dengan pesona yang berbeza 
  • perangainya amat berbeza sewaktu dirumah dan diluar rumah 
  • Putih
  • merupakan seorang yang pendiam dan sangat memerlukan masa menyendirikan bagi menyelesaikan masalah dan juga mencari idea
  • mereka ini gemar memikirkan masalah sehari-hari dalam hidup mereka
  • dinasihatkan agar mencari tempat yang jauh dari hiruk-pikuk serta tempat yang ramai orang agar dapat mencari ketenangan yang diperlukan dan untuk ruang diri sendiri
  • mereka yang menggemari warna putih dikatakan mudah tertekan
  • Hijau
  • orang yang menggemari warna hijau merupakan sangat teliti personalitinya.
  • hijau juga menggambarkan emosi; kuat cemburu. cemburu ini mendorongnya untuk bersaing dengan orang lain
  •  sangat menitikberatkan soal yang remeh temeh. telitinya si penggemar hijau ini selalu berkait rapat dengan hal remeh temeh
  • Turquoise
  • orang yang menggemari warna turquoise ini kompleks jiwanya
  • dia juga mempunyai daya imaginasi tinggi dan original
  • idea mereka biasanya sangat bernas
  • walau bagaimanapun, mereka yang menggemari warna turquoise ini cepat kecewa dan merajuk dalam masa yang lama sekiranya pendapatnya dihentam
  • Biru
  • mereka yang menyukai warna biru ini suka akan sesuatu yang nampak tenang dan tersusun rapi
  • mereka juga  bijak dan kreatih
  • mudah mencipta persahabatan, senang berkawan dengan orang
  • mempunyai ego yang sangat tinggi
  • sangat sensitif
  • mudah memberi nasihat 
  • Ungu
  • sangat sensitif dan mempunyai mood swing
  • tapi,sangat kreatif dan bijak dalam pembahagian tugas kepada orang lain
  • tapi,bila tugasan untuk diri sendiri, mereka ini menjadi tidak terurus ekoran mereka sangat kelam kabut
  • sangat sukakan perhatian dan juga memerlukan pujian.namun mudah merasa sedih dan down sekiranya pujian negatif diberikan kerana dapat menjatuhkan mereka
  • Merah Jambu
  • sinonim dengan sifat penyayang
  • sangat mementingkan perhatian, belaian kasih
  • jiwa yang sensitif tapi penuh dengan kasih sayang.
  • menginginkan kasih sayang dari orang lain sebagaimana mereka menyayangi orang lain
  • Oren
  • mempunyai ramai kawan
  • bijak mencari peluang untuk memulakan sesuati
  • kritikan yang diberikan membuatkan mereka merasa diri mereka tidak dihargai
  • Kuning
  • seorang yang ceria
  • mereka yang menggemari warna ini biasanya memerlukan perhatian dan pendapat dari orang sekeliling
  • amat mementingkan hubungan sesama manusia; mudah kecewa sekiranya terdapat sahabat yang mengelak daripada bersahabat dengannya kerana kawan-kawan merupakan sumber keceriaan, 

setakat itu sahaja yang aku sempat salin dari motivasi sekejap Dr Fazley.aku memang minat gila dengan warna biru dan turquoise dan most kriteria matched well dengan personaliti aku.

akan menghadapi AS dalam masa kurang 3 minggu dan akan jadi amat sibuk sepanjang 3 minggu tersebut sehinggalah bulan Jun nanti.

2 comments: