Assalamualaikum wbt. Howdy!
hari ini aku nak tulis pasal Chuck sebab tajuk entri kali ini ialah Chuck. simple.
Chuck?
for those who wonder what's Chuck all about, aku suggest anda google sahaja sebab aku takkan bercerita panjang tentang cerita tersebut. basically drama tersebut diklasifikasi sebagai comedy-romance-spy-drama series. secara pendeknya menceritakan tentang seorang mamat bernama Chuck yang terdownload intersect kedalam otak dia. intersect itu mengandungi rahsia kerajaan Amerika dan sebab itu Chuck amat dikehendaki oleh musuh-musuh kerajaan. dengan itu, pihak NSA dan CIA telah menghantar wakil mereka bagi mengawasi Chuck, seorang Agent John Casey (NSA) yang the killer dan Agent Sarah Walker (CIA), spy yang seksi. dengan itu bermulalah perjalanan Chuck dari seorang yang nerd gila, regular guy yang bekerja di Buy More hingga menjadi seorang spy yang terulung. (ayat tak boleh blah).
bagaimana aku mula mengenal Chuck?
well, basically Chuck tak kenal aku dan aku tahu itu. aku mula mengenal Chuck bila abang aku buka channel AXN yang sedang menayangkan Chuck season 2. basically aku tak tengok season 1 tapi terus lompat ke season 2. first time tengok Chuck, hati aku dah terpaut dengan cerita ini sebab dia tak macam cerita spy spy, polis polis lain seperti CSI, Last Vegas mahupun Gerak Khas. sebab cerita ini ada sense of humor.
satu hari aku godam godam laptop abang aku bagi mencari filem atau drama yang menarik untuk ditonton and guess what? aku terjumpa Chuck Season 1 full episodes dalam hard drive dia. maka bermulalah marathon Chuck tersebut sepanjang 3-4 hari.
semenjak menonton cerita itu, aku jadi minat gila dekat Zachary Levi aka Chuck sebab lakonan dia sangat brilliant. almaklumlah, seorang pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam dunia Hollywood,tapi banyak kepada Broadway, theater ,
kenapa Chuck?
sebenarnya tak ada sebab yang spesifik kenapa cerita ini aku labelkan sebagai wajib tonton sebab aku sendiri pun tak tahu kenapa aku boleh berminat dengan cerita ini pada kali pertama aku tengok. still, ada nilai yang boleh diambil dari cerita ini.
dalam cerita ini, kita dapat kenal bahawa Chuck seorang yang sangat penyayang terhadap keluarga dia (mostly), kawan-kawan, serta negara dia (so -so) Chuck amat mengutamakan keluarganya dalam apa-apa keputusan yang dia buat memandangkan dia dan kakaknya, Ellie (Sarah Lancaster) berdikari semenjak dia berusia 9 tahun sebab mak dan ayah mereka menghilangkan diri. segala perkara perlu diuruskan sendiri dan sebab itu mereka amat rapat.
Chuck merupakan manusia yang bagi aku susah nak move on bila menghadapi sesuatu sehinggalah dia berkenalan dengan Sarah (I'd say). Chuck ada awek masa dia study dekat Stanford, tapi dipercayai di-hijack oleh sahabat dia sendiri. dia sayang sangat dekat ex dia itu dan tak dapat lupakan masa silam dia dekat Stanford. malas nak cerita panjang, Chuck mula suka akan Sarah Walker aka handler dia (Yvonne Strahovski).
![]() |
" 'undeniable amazing chemistry' of Chuck (Zac) & Sarah (Yvonne)" Fedak |
Chuck sayang gila dekat kawan-kawan dia dan ada best friend , tiny bearded-man Morgan Grimes (Joshua Gomez).
sebenarnya, banyak lagi sebab kenapa Chuck perlu ditonton, malas nak tulis. nanti terlampau panjang pula entri ini.
memandangkan aku fan of Chuck tapi tak berjaya menonton selain season 1,2 dan 5, mencari jugakllah aku dekat internet. mana tahu ada free download bagi full series ke. usaha aku tak sia-sia sebab terjumpa satu link yang membuat aku bersyukur kepada-Nya., link yang membolehkan aku download full series of Chuck tanpa bayar. for those yang mempunyai passion yang sama dengan aku mengalami masalah sama dengan aku bagi mencari free full series of Chuck, nah,here;s the share.
![]() |
main casts; Adam Baldwin (John Casey), Sarah Lancaster (Ellie), Joshua Gomez (Morgan), Yvonne (Sarah Walker), Zac (Chuck) |
.sekian sahaja entri kali ini.
p/s: menulis nak relieve tension, itu yang bahasa jadi kucar kacir.
![]() |
Season 5 Casts |
all pics cc to the owner
No comments:
Post a Comment