sudah berkarat dah blog ni.hewhew..
hari ni aku rasa nak cerita pasal makanan segera yang kitorang cipta sewaktu berada di asrama dulu.
pernah dengar pasal milo bar tak??
benda ni berasal dari milo 3 in 1 yang boleh dicari di supermarket-supermarket berdekatan.
ceritanya bermula aku tak berapa nak ingat sangat. yang pastinya, ada member yang yang try buat innovation terhadap milo tersebut. kalau biasanya selalu nampak cadbury, snicker (correct me the spelling) dan sewaktu dengannya dalam bentuk bar ala-ala choco bar lah.
senang sahaja nak buat benda ni. berikut merupakan langkah-langkahnya;
- bahan dan peralatan yang diperlukan; satu iron dan dipanaskan pada suhu yang sederhana, serta sepeket milo 3 in 1 (bahan cadangan). nak pakai Nescafe pun boleh. tapi pahit sikit lah
- seterusnya, iron milo 3 in 1 tadi. sebelum tu pastikan milo itu berada dalam keadaan seimbang kiri dan kanan kuantitinya. baru lah tak nampak besar sebelah. iron sampai rasa milo tu start bertuar menjadi solid sedikit demi sedikit. bila dah siap, milo tu akan jadi flat dan keras serta pejal bahkan padu.. (apakah??)
![]() |
inilah hasilnya. milo bar. yang ini aku makan sikit..hehe |
No comments:
Post a Comment