Assalamualaikum w.b.t.
harini aku nak cerita peristiwa yang berlaku di KY ni. sebenarnya peristiwa ini berlaku awal minggu ini apabila seorang rakan kelas IELTS aku berhenti dari KYUEM ini. yes, she'd quit form KY.
member aku itu sangat-sangatlah ceria orangnya, pandai pulak tu. and she's Chinese . dia berhenti dari KY kerana mengalami masalah ini, General Anxiety Disorder / Kecelaruan Keresahan Menyeluruh (GAD). sewaktu pertama kali kelas IELTS kitorang buat presentation, member aku presented pasal penyakit ini. katanya, penyakit ini telah menimpa nenek/saudara belah ibunya dan dia turut mengalaminya dulu. tapi tak sangka benda tu datang balik.
Okay, oleh itu aku nak share sedikit GAD ini apa.
- apakah GAD?
kita biasa mengalami kebimbangan mengenai hal berkaitan kesihatan, kewangan, masalah keluarga. Tapi bagi penghidap masalah ini mengalami masalah kebimbangan tahap ekstrem akan masalah yang dihadapi termasuklah perkara yang kecil (tiada sebab untuk kita terlalu bimbangkan perkara tersebut). sampai tahap itu sekali penyakit ini.
- punca
dikatakan penyakit ini merupakan suatu yang diwarisi (penyakit keturunan). tapi sejauh mana kebenarannya, hanya Dia yang tahu. para saintis dan pengkaji telah mengkaji akan penyakit ini dan mendapati bahawa terdapat beberapa bahagian di otak pesakit ini berada dalam keadaan ketakutan dan cemas. para saintis masih lagi mengkaji kaedah untuk merawat sakit ini.
- simptom dan tanda
orang yang mengalami masalah ini cenderung untuk sukar mengatasi masalah kebimbangan dan kecemasan yang selalu dihadapi walaupun mereka sedar perasaan tersebut tidak perlu hadir dalam setiap situasi.
mereka dikatakan sukar untuk bertenang, mudah terperanjat, dan sukar fokus.
mereka juga dikatakan sukar tidur dan mudah terjaga.
tanda fizikal biasanya mudah letih, sakit kepala, ketegangan otot, sakit otot, badan mudah menggeletar, sukar kekal dalam posisi statik (tak reti duduk diam), mudah marah, mudah berpeluh, nausea (loya), selalu ingin ke tandas, mudah sesak nafas, dan lain-lain.
GAD ini berkembang secara perlahan-lahan. kebiasaanya menyerang pada peringkat remaja dan awal dewasa. simptom yang menimpa boleh berubah mengikut masa dan boleh menjadi makin parah, terutama jika pesakit dalam keadaan tertekan.
pesakit GAD boleh menjalankan tugas seperti biasa sewaktu tahap GAD masih ringan, tetapi tidak sekiranya penyakit tersebut mula menyerang. bahkan aktiviti harian biasa turut terjejas.
- diagnosis
penyakit ini dikenalpasti apabila pesakit mengalami kebimbangan dan keresahan tahap melampau terhadap setiap perkara yang kecil selama 6 bulan
- rawatan
psikoterapi
rawatan tingkah laku kognitif akan dijalankan. rawatan berupa cara pemikiran, tingkah laku dan cara menghadapi situasi-situasi tertentu bagi mengurangkan rasa cemas.
perubatan
- perubatan anti-cemas
- antidepressant
pengambilan ubat-ubat sebegini disamping dapat membantu mengurangkan rasa sakit ini, turut memberi impak seperti nausea, sakit kepala, kesukaran untuk tidur.
cr- NIMH
No comments:
Post a Comment