Wednesday, 30 October 2013

10 Perkara yang Boleh Merosakkan Otak

assalamualaikum wbt.

hari tu terbaca artikel ni dalam internet. dan tergerak hati untuk share.
berikut merupakan perkara-perkara yang boleh merosakkan otak (mengikut kajian yang dijalankan)



  • tidak mengambil sarapan pagi
otak merupakan organ yang menggunakan paling banyak tenaga; 25% daripada keperluan tenaga badan. tidak mengambil sarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan boleh mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak. banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut



  • terlebih makan
makan dengan kadar berlebihan akan menyebabkan banyak darah dialirkan ke perut dan usus bagi tujuan pencernaan, menyebabkan kurang darah dialirkan ke otak. ini menyebabkan mengantuk, malas, dan kurang daya fokus

  • merokok
asap rokok amat berbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh sel-sel otak.


  • mengambil gula berlebihan
kadar gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu proses penyerapan protein dan nutrisi. ia turut mengganggu perkembangan otak yang sihat.

  • menghidu udara yang tercemar
otak merupakan pengguna oksigen yang paling besar dalam badan. menghidu udara yang tercemar hanya boleh merosakkan sel-sel otak. terdedah dengan asap rokok turut membahayakan sel-sel otak kita.

  • tidur yang berlebihan
tidur merupakan perkara yang baik untuk badan kita. namun,sekiranya tidur berlebihan, ianya hanya akan melemahkan badan, menjadikan otak kurang otak dan seterusnya melemahkan daya berfikir seseorang.

  • tidur dengan menutup muka

tidur sambil menutup muka, meniarap atau menekup muka dengan bantal atau apa-apa sahaja alas boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula sewaktu bernafas. hal ini boleh menyebabkan kekurangan oksigen.

  • kurang berimaginasi
berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah dan menajamkan daya pemikiran otak kita. kurang berimaginasi hanya akan menurunkan tahap kecerdasan otak.


  • jarang berfikir
jarang berfikir hanya menyebabkan otak menjadi lembap dan tidak aktif. selalu berfikir akan melatih otak untuk bekerja dan meningkatkan keupayaan otak
  • tidak membaca al-Quran
al-Quran mengandungi kalimah Allah s.w.t. membacanya akan banyak memberi manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. tidak membaca al-Quran hanya akan menyebabkan otak kita menjadi dungu.

No comments:

Post a Comment