Wednesday, 12 June 2013

Fanfiction

Assalamualaikum w.b.t.



Have you ever heard about fanfic -fan fiction?


amboi... speaking pulak aku. hehe

fanfic ataupun fan ficiton /fanfiction boleh diertikan sebagai esei ataupun karangan ataupun mini novel atau lebih tepat drama fiksyen yang diolah, ditulis, dikarang, diarah sendiri oleh para fans dan diterbitkan biasanya melalui online.

kenapa tiba tiba aku nak menulis fasal fanfic ni??

aku sebenarnya baru berjinak-jinak / ambil tahu tentang fanfic ni selepas member aku suruh aku cuba cuba baca fanfic ni. aku dulu tak tahu pun benda ni wujud. dah lama member aku suruh aku baca fanfic ni, tapi beberapa hari yang lepas barulah aku google pasal fanfic ni.

member aku cakap,
"fanfic ni kebiasaannya kita akan baca pasal artis artis korea morea tu,"

"sekarang ni zaman k-pop, so tak payah terkejut kalau b-pop (bollywood pop) kau takde dalam list"
aku cuba baca beberapa fanfic yang tercipta. yang aku baca tu pasal artis yang aku minat jela. adela sorang dua. tak ramai pun sebab aku baru aje nak minat minat mereka.

tapi,

makin lama aku baca, makin geli mata aku.haish...

okay. ini luahan perasaan aku. so, no hurt feeling , don't take heart


  • bagi aku, para penulis tersebut mempunyai imaginasi tahap luar petala la. sebab beliau mampu berfikir secara complicated bagi menghasilkan sebuah karya yang mampu menarik minat orang - orang lain untuk membaca
Gambar hiasan : poster dia pun dah cukup baik...
  • kadang kala aku rasa imaginasi mereka terlampau. sebab ada certain cerita yang aku baca amatlah tak logik dan munasabah. begini alkisahnya. watak utama; A dan B. watak sampingan ; C. realitinya, A dan C adalah sebaya dan mereka kawan baik dan tak ada hubungan persaudaraan. tapi dalam fanfic tu, C merupakan pakcik A.  A dan B bercinta bagai nak rak tapi pakcik A iaitu C, memaksa A berkahwin dengan orang lain. wah..hebat la. kot ya pun, tak payahlah sampai begitu jadinya. btw, dalam fanfic tersebut, watak-watak menggunakan nama asal mereka..
Gambar hiasan : Kim soo Hyun dan Bae Suzy seringkali menjadi pilihan
     sebagai hero-heroin dalam kebanyakan fanfic
  • kadang-kadang aku yang baca pun turut sama kelaut. hanyut dalam esei yang ditulis. tapi ada sekali tu aku baca, memang sakit hati bila ending tak mengikut taste aku. aku rasa penulis tu dah malas nak fikir kot.
  • kadang-kadang aku rasa, " kalau nak ending sedap-sedap, kau tulis sendiri la Akmal! komen pandai!"
Gambar hiasan : Kebiasaannya satu fanfic boleh mencapai beberapa chapters.
  • fanfic ni bagus dalam mengembangkan bakat seseorang dalam berkarya kerana para readers boleh post their comments after read the essay thoroughly. okay, positive-minded of Akmal is talking!
  • fanfic ini berkesan bagi orang yang maybe tak puas hati dengan reality yang berlaku, then rasa bertanggungjawab bagi create a atmosphere dimana kehendak mereka menjadi kenyataan. hehe. macam skema pulak aku tulis ni.
  • aku baca fanfic tersebut bagi menghilangkan rasa bosan dan terasa ingin lari dari realiti dan menerjah masuk ke fantasi. whoa!!!
  • fanfic ini merupakan satu medan bagi penulisnya meluahkan atau release stress
selain dari korea, yang belah-belah western tu pun ada jugak fanfic masing. contohnya, ben10, transformers , harry potter dan lain lain.




tapi biasanya kalau aku google fanfiction, top search adalah fanfiction kpop. maklumlah, sekarang ni orang ramai suka sangat dengan kpop tu. biasanya member idol group yang akan menjadi casts dia. cheewah. dah boleh jadi director dah para penulis fanfic ni. bhahahaha..

Gambar hiasan : Cover memainkan peranan yang penting



Gambar hiasan : pemilihan casts juga amat penting.
biasanya hero-heroin mesti ada scandal kat luar sana


terdapat juga pertandingan menghasilkan fanfic ni. memang aku tabik and impress la dekat organizer tu. rajin betul.
Gambar hiasan : fanfiction contest diadakan saban tahun

No comments:

Post a Comment