Thursday, 13 June 2013

Dulu vs Sekarang - Kenduri Kahwin

Assalamualaikum w.b.t.



aku merupakan generasi yang lahir around 90's. maksudnya aku merupakan antara yang bertuah sebab dapat merasa perbezaan suasana kalau dalam suatu kenduri yang diadakan.

tapi, kenduri dulu zaman aku budak-budak dan kenduri sekarang aku boleh kata yang amat berbeza gila-gila.

Gambar hiasan : bunga manggar. tipulah kalau tak kenal


kenduri kahwin biasanya orang Melayu kat Malaysia ni diorang buat time cuti sekolah. time budak budak mula pulang ke kampung atuk nenek opah mereka. memang amat sesuai timing-nya bagi memeriahkan majlis kenduri kahwin ni. tapi sekarang, ada certain benda yang aku perasan, boleh dibandingkan.


  • kad undangan kahwin

Gambar hiasan

dulu, kad undangan kahwin ni wajib kalau nak ajak orang pergi kenduri kita. jumpa dan jemput depan-depan tu pun dah kira bukan ajak-ajak ayam. sekarang, jemput pakai Facebook, twitter pun boleh. dah payah rasmi-rasmi sangat. 

Gambar hiasan : kad undangan Zed Zaidi

Gambar hiasan : kad undangan yang unik. suka aku tengok

tapi bagi aku tak best sebab macam tak ada feel nak kahwin. kad kahwin aku suka sebab ada bau wangi. hehe. siap ada peta. 

Gambar hiasan
selepas ruang doa untuk pengantin tu, kan ada ruang ;
'Tan Sri /Pn Sri /Dato' Sri /Datin Sri /Dato' /Datin /Tuan /puan /encik /cik sekeluarga 
...................................................................................................................' (lebih kurang lah)
aku suka tulis nama aku sendiri dekat line titik titik tu. kalau jemput dekat SNS, memang tak boleh nak conteng lah.


  • bunga telur
zaman aku kecik kecik dulu, suka sangat pergi kenduri kahwin sebab nak kutip bunga telur. memang bangga gila bila dapat bunga telur extra. bunga telur dulu dengan sekarang ada perubahan dan kelainannya. kalau dulu, bunga telur memanglah diisi dengan telur. sekarang ni, dah bukan bunga telur, tapi bunga gula-gula. dulu, ada jugak yang letak telur dalam kotak kertas yang boleh dibeli di pasar-pasar, tapi sekarang orang letak gula-gula, kacang, dan macam-macam lagi

Gambar hiasan : bunga telur yang tak ada telur


Gambar hiasan : 'kotak' telur
  • rewang /big work
kalau zaman aku kecik kecik dulu, orang orang kampung akan bermuafakat untuk tolong family yang kahwin tu dalam prepare majlis kenduri. makcik-makcik akan berada di dapur bagi mengupas bawang, siang ikan, ayam, potong sayur. yang pakcik pakcik pulak gentlemen sikit. diorang buat kerja berat berat. diorang yang tukang kawah mengawah. diorang tukang pasang khemah /kanopi. tukang susun kerusi meja, angkat pelamin dan macam-macam lagi. kami kanak-kanak tukang menyibuk dan berlari keliling mereka. bila kena tegur, makin menjadi larian kami. sekarang ni, ada jugak sesetengah tempat yang still melaksanakan gotong royong sebegini. tapi most tempat yang aku pergi kenduri itu hari, diorang kata pakai buffet. mudah sikit. kira harga atas satu kepala la. 

Gambar hiasan : rewang

  • runner
okay. orang kampung panggil benda lain ye. tapi aku translate jadilah runner. runner ni aku tak pasti perkataan rasminya apa tapi merekalah orang kuat di suatu majlis perkahwinan. runner ni dulu merekalah yang akan memunggah kari daging, ayam masak merah, nasi minyak, acar buah dan macam-macam lagi untuk di refill semula kedalam bekas lauk pauk. dulu masa aku kecik-kecik, ramai kot runnernya. sekarang dah kurang masa aku bilang dekat kenduri tempoh hari. kalau dulu, para runners akan usung kesana kemari baldi kecil yang digunakan untuk mengisi lauk pauk. sebab dulu orang makan, dihidangkan di depan mata. sekarang, makan layan diri la. sekarang ni, orang pakai tukar bekas yang dah berisi lauk pauk yang dah tersedia di atas meja dan tunggu diambil sendiri.

Gambar hiasan : buffet di majlis perkahwinan

  • pinggan mangkuk
Gambar hiasan : pinggan kertas

okay, sekarang dengan dulu dah tak sama. dulu aku makan, tunggu dihidangkan. tak kisah lah makan dalam rumah pengantin ke, bawah kanopi dekat luar rumah. para runners tu akan susun pinggan-pinggan yang ada lauk dan nasi. pinggan kaca beb! aku ingat lagi bawah setiap pinggan tu mesti ada mark. tak kisah la, mark dengan sellotape ke, liquid ke, permanent marker ke. mesti ada mark. taknak nanti tertukar pinggan dengan orang kampung lain yang kasi pinjam pinggan-pinggan tersebut. lepas makan, pakat letak pinggan dalam besen besar dekat tepi khemah. air basuh tangan pun dihidangkan. dalam teko putih tu. sekarang, orang pakai pinggan kertas, mangkuk kertas, cawan kertas. kalau boleh, kuali pun nak kertas. katanya lagi senang. yess..memang lagi senang. lepas guna, letak dalam plastik sampah hitam yang diikat dekat tiang khemah. lepas tu, basuh tangan dekat ruang yang disediakan. oh,, dah tak terhidang macam dulu. senang sebab pakai buang. tapi menurut akak aku, nak lagi nikmat, pakai pinggan kaca. tapi still ada di sesetengah tempat yang masih guna pinggan kaca.

Gambar hiasan : cawan kertas. tipu kalau tak tahu
  • pencuci mulut
okay, mungkin di sesetengah tempat memang dah lama ada pencuci mulut ni. tapi aku baru merasa pencuci mulut di majlis kahwin dalam beberapa tahun ni. masa aku kecik- kecik, aku tak jumpa benda ni. dulu kalau ada pun, dia kasi buah tembikai dan agar-agar merah yang kosong dan plain tahap tak ingat tu. sekarang, aku pergi kenduri, dia ada letak pencuci mulut yang aku kira agak menyelerakan jugak lah. ada bubur kacang, bubur jagung, pulut durian, agar-agar santan, bihun sup pun ada. dan semestinya, layan dirilah. okay, yang tu aku dah biasa. ada sekali tu, dia hidang cocktail. wah!! seronok aku makan. dulu, punyalah susah nak jumpa. maklumlah, sekarang orang dah ada duit lebih dari dulu.

Gambar hiasan : sedapnya koktel buah.. lapar pulak rasa

  • kompang, band kugiran , persembahan khas
aku merupakan salah seorang ahli kompang sekolah yang pernah ada schedule untuk membuat persembahan sewaktu perkahwinan cikgu aku TAPI tak jadi. aduss..
seingat aku, waktu aku kecik-kecik dulu, kalau time perarakan pengantin ke rumah pasangannya mesti ditemani dengan bunyi paluan kompang. cheewah.. pengantin lelaki diarak sambil muka ditutup dengan kipas oleh pengapitnya dimeriahkan dengan bunyi paluan kompang. lagu yang dimainkan biasanya 'perarakan' dan bunyi tema orang kahwin. (aku tak ingat nama dia apa). 

Gambar hiasan : Abang-abang kompang

selepas tu, bila sampai depan pintu rumah pengantin, akan ada orang yang bersilat. itulah dia persembahan khas.memang smart lah aku tengok. siap ada orang tolong tiup seruling. orang kata, itu silat selamat datang. tak tahu la betul ke tak.

Gambar hiasan : silat kahwin

Gambar hiasan : orang kuat, team silat jugak

sekarang, masih ada beberapa tempat yang buat begitu. ada sesetengah tu dah tak pakai kompang. band kugiran pun tak. mereka pakai deejay. hehe.. tunggu deejay tolong play kan bunyi kompang, lagu kahwin. bunyi seruling pun suruh deejay pasang. sambil-sambil berlangsung majlis, pengantin tengah makan beradab, akan ada orang pergi buat karaoke. hehe..bingit telinga aku. tapi best jugaklah. sebab ramai tukang gelak dekat penyanyi-penyanyi tak berbayar. siap ada yang buat kiriman lagu lagi. 


Gambar hiasan : deejay majlis kahwin    _________________________________________________________________________________________
kalau dulu, biasanya orang kahwin, majlisnya buat dirumah sahaja. sekarang, ramai dah yang pakai dewan la, balai raya la. dulu makan di dalam rumah pengantin, sekarang duduk bawah khemah. siap pakai meja kerusi. 

sekarang kenduri yang dibuat lagi memudahkan pihak yang menganjur, dalam masa yang sama makin banyak duit berhabis.  adatlah tu, kalau nak kenduri yang dibuat mampu buat orang impress, dikenang sepanjang zaman sebab orang kata, sekali seumur hidup (walaupun ada aje yang berkali-kali). 


walau bagaimanpun kenduri itu dianjurkan, asalkan mengikut unjuran syariat yang sudah dietapkan. jangankan yang asalnya hanya untuk mensyukuri nikmat-Nya dan mengheboh-hebohkan khabar gembira bertukar menjadi perkara yang menggembirakan syaitan dan berlandaskan nafsu semata-mata. Insya-Allah.

p/s - teringat akan sebuah short story 'Of Bunga Telur and Bally Shoes' , Che Husna Azhari, yang aku belajar di sekolah.

Akmal Cikmat says.

No comments:

Post a Comment