Wednesday, 29 May 2013

insiden sewaktu perlawanan bola -rasionalkah?

Assalamualaikum buat peminat bola tanah air yang sangat fanatik dengan team masing-masing...

semalam, kita telah menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua yang melibatkan pasukan Terengganu menentang Kelantan pada sebelah petang. dan pada malamnya Pahang menetang Johor Darul Ta'zim.

bagi aku, waktu Terengganu lawan Kelantan, takdelah masalah sangat. perlawanan amat sengit.
akhir sekali menyaksikan pasukan Kelantan berjaya dengan kemenangan agregat yang tipis, 6-5. aku tengok pun berdebar gila.

Perlawanan yang mencemaskan.. mendebarkan..
tahniah kepada team TRW.

yang menjadi masalah adalah perlawanan malamnya. Pahang lawan JDT amat amatlah memalukan bagi aku. perlawanan semalam telah ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Perlawanan yang terpaksa dibatalkan kerana sikap sesetengah pihak


aku tengok dekat tv aje, tapi tengok dah macam ada rusuhan. kawan aku cakap,

"ini Pahang lwn JDT ke Bersih 4.0?"
"inilah Blackout 505" 
Stadium OVERLOADED!!
kawan aku cakap;
"Allah Maha Mengetahui. ada hikmah rupanya kenapa aku tak dan nak beli tiket nak tengok bola kat stadium..jimat duit aku" 

menurut sumber (orang yang ada kat stadium masa kejadian),

"benda ni jadi sebab stadium kecik sangat. mana muat nak tampung penonton. stadium isi 74k. yang datang 204k."
dalam tv masa aku tengok tu, ada aweks aweks pahang yang injured. diorang pakai baju kuning, maksudnya team pahang. member aku text aku;
"belum start, dah ada audience yang injured.. nasib badan.."
 "yang aku marah bila awok awok tu yang kena..cun kot"
aweks aweks cun yang tercedera.. takdela cun mana..haha..
polis tu lagi cun.

pastu ada pulak kes tiket palsu.itu kot yang menjadi penyebab stadium penuh. dalam berita yang aku dengar, polis cakap 3 pintu masuk stadium dipecah. lepas itu, start la kekecohan dan huru-hara. sampai penyokong duduk dekat dengan padang.

ada sumber cakap;
"at first, ada fan JDT memulakan adegan campak membaling ke arah fan Pahang. tapi kena dekat orang dia sendiri. lol.. tu yang jadi huru hara"

okay,sumber tu fan Pahang.
"masa kat Larkin hari tu, macam ni jugak. kitorang (fan Pahang) kena cerca, maki. tapi kitorang buat dono je.. malas nak merumitkan lagi kes. tapi kat tempat kitorang, diorang  buat macam tu jugak, siapa tak hot?! bikin panas kot."
 yang ini dari sumber lain pulak (Johor);
"diorang kasi calar mana yang plate kereta J. bas fan Johor pun dia kasi pecah. van fan Johor dia kasi terbalik"
tak silap aku, setelah kejadian penonton penuh kat padang tu berjaya dikawal, game dah nak start. tapi malangnya, menurut sumber;
"masa dah elok-elok game nak start, dapat berita  team JDT dah balik"
yang tu aku tak tahu la betul ke tak.
di sini, ada perkara yang ingin aku simpulkan. maksud aku, kalau nak dipersalahkan sangat-sangat, bagi aku diorang ni berkenaan dengan insiden ni.


  1. Pihak persatuan bola
  2. Fans JDT
  3. Fans Pahang.
kapasiti stadium yang kecil tapi menampung penonton yang maha ramai. lagi satu, isu tiket palsu tersebut dan pencerobohan ke padang. ini membuatkan aku rasa sistem kawalan keselamatan di stadium dan penjualan tiket yang betul-betul asli tak telus.maksud aku still di takuk lama..please,,kasi improve sikit, banyak!

Ni contoh tiket. yang sebelah kiri tu yang palsu. sebelah kanan yang ori.
sumber- myMetro


fans kedua-dua team amatlah emosi aku kira.. terlalu kenegerian aku rasa. tolonglah.. jangan biar emosi terlalu nak menang menguasai akal fikiran dan diri.

oh ya, ada jugak isu kucing yang berak kat padang tu. ish ish ish,,,kucing siapa la punya kerja tu.. hehe.. aku rasa lawak pulak bila terkenangkan kucing tersebut. kalau dekat Anfield, nama kucing diambil sempena nama orang kuat Liverpool, kalau kat stadium Makmur tu, nak letak nama apa ya??


Kucing yang berak di tengah tengah padang.
boleh masuk dalam list wanted.
haha
 p/s: kesian kucing tu,tak pasal pasal kena marah..menjadi bahan pulak engkau ye wahai kucing..



No comments:

Post a Comment