Tuesday, 28 May 2013

Magik air teh

Assalamualaikum buat peminat penggemar air teh sekalian..

Ni daun teh,kalau nak kenal
hari ini aku bukan nak buat magic.. tapi nak cerita apa yang air teh boleh buat perkara yang sort of medication jugak la.
 ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.

  • air teh boleh jadi sebagai ubat kalau kita sakit perut.by means aku pernah  alami kejadian sakit perut yang teramat sangat..maksud aku asik asik pergi toilet, berkumuh tahap besar. ulang alik sampai aku rasa slim perut aku kejap.hehe.. mak aku suruh aku minum air teh..bagi tahan sikit perut tu..Alhamdulillah,,menjadi
  • tadi aku google pasal air teh. kan sekarang uncle google dia kasi service google instant. ada la terkeluar tajuk air teh basi boleh hilangkan jerawat..ha..yang tu aku tak tahu. malas pulak nak baca artikel tu
  • air teh untuk rambut..tak pernah cuba pulak

  • orang kata uncang teh yang dah guna tu jangan buang melulu. sebab uncang dia pun boleh buat magic. sebenarnya bukan uncang dia, tapi habuk kat dalam uncang tu. mak aku sokmo buat macam tu. dia ambil uncang teh, basuh and simpan. pastu letak kat bunga orkid.
Uncang teh yang sudah digunakan.letak kat mata pun boleh.
  • orang kata air teh hijau ni terbaik untuk kesihatan. aku tak tahu la betul ke idak yang beliau merupakan air terbaik. orang kata air ubat. aku pernah minum sekali and tak hingin nak minum untuk kali kedua. sebab,rasanya Ya Allah..Kau saje yang tahu..Yaks.. dikatakan air teh hijau membantu penglihatan..oo..patutlah aku pakai specs...sebab tak suka minum teh hijau kot..hoho
Air teh hijau yang amat memberi khasiat dan yang aku amat taknak minum
  • air teh juga dipercayai boleh mengawal berat badan. teh o ye. minum pagi-pagi
  • yang ni aku pernah buat. time sakit kepala, aku minum air teh.and lepas tu aku telan ubat. Alhamdulillah  berkesan. tapi tak tau la yang membantu tu air teh ke ubat...hehe..
  • orang cina suka minum air teh.siap ada style tersendiri lagi.ini membuktikan air teh sesuai untuk dijadikan medication and therapy. 
  • kandungan kafein dalam teh taklah tinggi melangit.tapi aku rasa cukup untuk buat aku segar mata.selain itu, kandungan kafein dalam teh dan kopi boleh merangsang metabolisme dan meningkat fungsi otak dan badan
  • ada kajian keatas 500 orang cina yang minum air teh selama 10 tahun mendapati tulang mereka berada pada tahap optimum
  • teh berupaya melambatkan penuaan. terbukti melalui kajian di Amerika Syarikat, Taiwan dan  Jepun
  • teh boleh menentang alahan. mengikut kajian di Jepun, teh hijau sesuai untuk orang yang alah pada habuk. itulah sebab aku asyik bersin kalau ada habuk, sebab tak suka teh hijau..patut dicuba.
  • teh berupaya sebagai penentang barah. minumlah teh at least 4 cawan sehari.
  • teh berfungsi dalam mengekalkan kolestrol jahat..oh..ada kolestrol baik..kolestrol jahat tu yang ada dalam darah
  • teh ada fluorida yang mampu kurangkan kaviti pada gigi
  • teh hitam (aku tak tahu macam mana bentuknya) berupaya mengurangkan risiko sakit jantung.
orang kata nilah teh hitam.tak pernah cuba.
aku tengok tak hitam pun.

sekarang ni dah bermacam-macam jenis teh yang dipelbagaikan. ada teh boh, lipton. aku rasa sama je semua tu..hehe. ada teh yang berperisa. siap ada yang berbau sedap.. macam mana tu? 

Ni bukan nak promote ye. tapi teh sabah ni orang kata 'wanted' jugak la..
tak tau la sebab sedap ke susah nak cari.
tapi memang sedap

masa aku kat kampung, ada makcik tu hidangkan air teh,wangi! tak silap aku ada gambar bunga mawar kat pek teh tu. aku jadi suka minum air teh sebab kewangian dia. maklumlah,kat rumah, jumpa air teh biasa biasa sahaja. kalau pergi cameron, kadang kadang bapak aku bawak balik air teh rasa strawberi, oren dan halia. yang halia tu  makcik aku kasi. aku try sekali. and taknak dah minum. ada rasa berangin. macam makan halia tapi versi teh.yang sedap, rasa oren/lemon. kotak warna kuning..bau dia semerbak..

air teh sedap diminum pagi pagi sambil layan nsi lemak tak pun roti canai. kalau dapat teh tarik, lagi sedap.hehe. biasanya air teh o yang kasi magic tu. sebab teh susu kan ada susu. tak elok sangat untuk diminum kalau sakit perut.nanti berangin.tu mak aku cakap.

teh tarik + roti canai = terbaik
teh tarik + nasi lemak = double thumbs up!


tapi air teh ni jangan selalu diminum
  • waktu hujan. sebab nanti akan rasa asik nak pergi toilet je..
  • air ni sejuk. kalau perut masuk angin,,kurangkan. tak sama ye perut masuk angin and sakit perut.
drink a cup of tea, you'll find some peace!
that's true!


No comments:

Post a Comment