Salam Maulidur Rasul 1435H
segala puji bagi-Nya tuhan sekalian alam, penguasa hari pembalasan kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya ini bagi sama-sama meraikan kelahiran junjungan mulia, nabi kita, Nabi Muhammad SAW.
ini aku nak pesan kepada anda semua serta diri sendiri yang lebih utama,
- di hari yang mulia dan barakah ini, apa kata kita cuba mengenal Nabi Muhammad SAW dengan lebih dekat lagi. tak apa walaupun sekadar secebis kertas, kerana kelak, lama-lama menjadi berbukit ilmu didada dan mohon janganlah bersikap angkuh selepas itu, Insya Allah.
- perbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad SAW sebagai tanda cinta dan kasih serta rindu kita kepadanya yang tidak pernah lupa akan umatnya dan selalu rindu akan umatnya. Moga-moga akan beroleh syafaatnya kepada kita di hari kemudian, di akhirat sana. Insya Allah
sedikit perkongsian :
perbanyakkan selawat kepadanya, junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment