Assalamualaikum wbt. hari ini hanya nak kongsikan sedikit perubahan chalet di KYUEM. chalet dulu yang aku duduk telah berusia 16 tahun kalau tak silap. pada cuti sem lepas, (Nov-Jan 2013) pihak KY telah memutuskan agar kami mengosongkan chalet kami kerana chalet tersebut akan di-renovate. ada sesetengah pelajar dikehendaki memasuki cluster, tapi aku dapat masuk chalet.
kalau dulu, chalet didiami seramai 4 orang, seorang sebilik, dan mempunyai 2 bilik air, kali ini, chalet didiami seramai 2 orang, seorang sebilik, dua bilik air. maksudnya, bilik air seorang dapat satu. tambahan pula, bilik air kini berada dalam bilik tidur masing-masing.
bilik dia, memang maha luaslah sebab dua bilik chalet lama dipecahkan dan disatukan menjadi satu bilik. rasa makin sayang dekat chalet baru ni.
berikut aku sertakan beberapa gambar chalet tersebut.
![]() |
pandangan dari chalet aku. House Garnet |
![]() |
Chalet kawan aku. |
![]() |
Chalet kawan aku, pandangan dari pintu chalet aku. penegasan dekat sini adalah balkoni tersebut |
![]() |
masuk masuk chalet, akan jumpa common room masih sama seperti dulu |
![]() |
pandangan dari ommon room, bilik tidur. luaskan?? |
![]() |
bilik tidur. katil dia ada drawer. |
![]() |
pandangan dari katil. almari, dan rak |
![]() |
pandangan dari balkoni |
![]() |
gambar dalam bilik air. makin luas. ps: abaikan toiletries dan towel tersebut. |
![]() |
toilet.aku sebenarnya nak tunjuk heater tu. baru pasang |
p/s: gambar tak berapa nak cantik sebab ambil time malam-malam buta. dan bilik aku memang kosong macam tu.
No comments:
Post a Comment