aku sebenarnya tak tahu kenapa aku rajin gila update blog, dah bermacam-macam entries aku posted. hari itu ada junior aku chat dengan aku. junior aku sebenarnya baru lepas SPM. katanya, bosan tahap gaban tak tahu nak buat apa sepanjang cuti 3 bulan keatas ini. aku tergerak nak share apa yang adik-adik sepatutnya buat waktu cuti panjang sebegini. berdasarkan pengalaman orang-orang tua.
![]() |
ini mesti korang bila last SPM paper diserahkan kepada pengawas |
- Qada'kan waktu tidur anda yang telah hangus
aku tahu anda semua stress bagai nak rak sebab terlalu obses belajar demi menggenggam sehelai slip SPM yang mengandungi bilangan A+ yang banyak. so, apa kata kalau kau orang ganti balik tidur anda sebab tidur itu satu nikmat sebenarnya. dalam al-Quran pun ada sebut (maaf tak ingat ayat dan surah mana) yang bermaksud secara pasarnya;
"dan sekiranya kamu mengadu bahawa kamu keletihan, Allah beri kamu nikmat tidur"itu pemahaman secara pasar la ye.
- lesen
yes. aku akui yang aku paling malas part ini. sebab rasa nikmat freedom after exam ditarik balik sebab kena masuk kelas memandu dan belajar. tapi percayalah, once kau dah dapat lesen; kereta mahupun motosikal, kau akan berasa lega dan -Alhamdulillah, aku dah dapat lesen- punya perasaan. mesti kau akan rasa gian nak drive memanjang. sama macam aku sekarang.
iya-iyalah.dekat-dekat nak SPM dulu tak sempat nak online memanjang. kalau online pun dengan tujuan ilmiah. sebab dah merdeka sementara ini, kau orang pergilah online Facebook, Twitter, Path, MySpace, Tagged, Instagram and so on. online lah sampai bosan. serius bosan. hari-hari buka facebook, tunggu notification naik warna merah dan angka. sebab selalu menunggu, bila naik nombor 1 kat notification tu pun rasa nak bersorak bergolek-golek dalam rumah.
aku nasihatkan kau orang jangan hanya online dengan niat nak bersosial di media sebegitu, tengok video dekat youtube segala bagai. apa kata kalau kau orang cari-cari sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan dengan kos yang korang nak sambung lepas SPM keluarkan keputusan dia. sketch, decide, plan hala tuju anda selepas SPM. (rasa macam kauselor pelajar pulak). decide kau orang nak further study dekat local ataupun abroad. nak promote sat, try usha-usha KYUEM. hehe.
taknak buat yang tu, tak apa. apa kata kau orang try surf pasal resepi-resepi kuih-muih ke, lauk pauk ke, kek ke, try buat-buat. siapa tahu boleh jalankan bisnes biskut raya lepas-lepas ini. lumayan bah.
- memasak
ini tidak ditujukan kepada kaum hawa sahaja. kaum adam pun kena take note. nanti senang nak tolong isteri masing-masing. kaum Adam, masa inilah kau orang boleh tunjuk kemahiran memasak kau yang terhebat luar petala- selama ini tersorok aje bakat itu.
sekali sekala memasak untuk family kau orang, kasi mak kau orang impress. kot-kot lepas SPM boleh buat kos masak-masak (hospitaliti /kulinari rasanya) macam member aku yang lelaki.
- PLKN
okay, ini khusus bagi yang akan menjalani PLKN di mana-mana kem di seluruh negara bermula Januari rasanya. jangan bimbang, jangan kata tak best.sebab most kawan aku yang kena join PLKN kata, best gila program ini. satu nasihat aku, set dalam kepala otak dan hati bahawa program sebegini akan menjadi yang terbest pernah kau orang join. sebab mentality sketch out your feeling towards something that came up in your way. get a grip, a firm grip, just imagine that something will be the last thing that you do in your life. enjoy it. cherish the moments.
- marathon dramas, movies, variety shows
yang ini regardless what _-pop are you into sebenarnya. tak kisahah kau hantu k-pop,m-pop, j-pop, dan sebagainya. serius harai-hari aku buat. letih di tv, sambung di komputer/laptop dan impaknya bil elektrik melambung setelah kepulangan aku dari asrama. tsk...
aku nasihatkan kalau nak buat marathon pun, beragak-agak lah sikit.
kalau macam aku, aku tengok disney's movies, english dramas, (CSI :NY, Merlin, Chuck) sinetron serius aku tak layan. ini sebelum aku mencuba menonton rancangan-rancangan Korea. aku start suka Running Man pun dalam cuti SPM jugak. saje nak try satu episod. lepas try, rasa regret gila tak copy whole episodes dari awal sampai latest episode of Running Man dari kakak aku memandangkan jadi ketagih kejap.
- novel
aku yakin yang ini mostly dikuasai oleh kaum hawa. novel jiwang-jiwang, aku tak into sangat dengan novel. cukuplah Catch Us If You Can (form 5), The Phantom of the Opera, Potato People, The Prisoner of Zenda yang aku belajar dulu. kala yang selain itu pun, tak banyak kecuali James Patterson, Mich Abom, Madeleine Wickham (nama sebenar Sophie Kinsella). tu je kot. kalau novel melayu, yang ini aje author yang boleh aku masuk-masuk, Hlovate , Ramlee Awang Murshid.
- The best novel all the time
apa lagi. bagi muslim, we have al-Quran to be enlisted as the best novel all the time. sebab cerita didalamnya merupakan non-fiction tak macam novel-novel yang kau orang beli dekat Pesta Buku atau punggah dari Serigala Maha Jahat (Big Bad Wolf) book fair.
bacalah al-Quran walaupun sepotong ayat setiap hariini prinsip yang diajar kepadaku. tak termasuk yang kau recite dalam solat okay.
bacalah al-Quran setidak-tidaknya 10 muka surat setiap hari.yang ini, prinsip yang aku pegang sampai sekarang. dinasihati oleh ustaz aku dulu.
jangan jadi sombong untuk membaca al-Quran kerana al-Quran itu merupakan kalimah Allah swt.
dari Dia kita datang, untuk Dia kita kembali
- kerja
ada member aku kerja dekat Seven Eleven, dapat gaji dekat seribu lebih jugak sebulan termasuk OT. kaya bhaii. tapi tak ada lah pulak naik Porsche masa ambil result. katanya simpan nak buat belanja nanti further study.
aku rasa, setakat ini sahaja dulu entri kali ini. aku rancang tadi, taknak panjang sangat. sekali tengok, hmph. kena buat jump break lagi la.
harap seronok membaca! sekian.
ohya, untuk anda :
No comments:
Post a Comment