Siapa Tun M? Tun Dr Mahathir Mohamad? okay, orang gila je yang tak kenal beliau.
aku taknak buat intro pasal beliau dekat sini. jasanya terlalu banyak kearah pembangunan Malaysia.
sejujurnya, aku memang kagum dengan beliau walaupun telah berusia 88 tahun, tapi pemikiran dia amatlah jauh lebih baik berbanding kebanyakan pemimpin di kebanyakan negara di dunia.
pada hari ini, Tun M ada posted artikel mengenai harga sebuah kerajaan ataupun sebetulnya 'The Cost of Governemt' di blog miliknya. aku antara orang yang selalu follow beliau diblognya. seronok baca pandangannya mengenai hal-hal semasa terutama yang melibatkan masa depan negara.
menyentuh kepada entrinya hari ini, aku dapat rasa bahawa beliau amat membimbangi akan masa depan negara tambah-tambah setelah kerajaan bertindak memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan, pemotongan subsidi, penaikan tarif elektrik seperti yang dicadangkan oleh TNB dan sebagainya.
dalam entri beliau, beliau mempersoalkan kerajaan kenapa menaikkan harga kebanyakan perkara dengan secara mengejut dan drastik. walaupun aku belum lagi memiliki pekerjaan sendiri dan pendapatan sendiri, aku turut merasa apabila kebanyakan harga barang dinaikkan.
berbalik kepada pendapat Tun M,
katanya sebenarnya kerajaan boleh meningkatkan pendapatan tanpa kenaikan harga barangan dengan mengurangkan kos bagi membekalkan perkhidmatan yang sedia ada.
di awal-awal entrinya, beliau mengatakan
governments need money. It cannot function without moneydan aku bersetuju. kalau tidak masakan heboh kecoh havoc apabila dikatakan kerajaan menaikkan harga semua barang kerana hutang keliling pinggang and they cannot function normally as they used to.
sebelum ini, cukai telah dikenakan kepada mereka yang makan gaji dan sebagainya. namun dengan kenaikan cukai, kita boleh agak yang ramai akan enggan membayar cukai, tambahan pula dengan kos hidup yang semakin meningkat. tapi ,nak buat macam mana. 'governments need money to develop the country'.
meskipun kerajaan dikatakan memerlukan wang yang banyak bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kos hidup yang semakin menigkat, tetapi perkara sebegini boleh diatasi dengan prinsip 'cost down' diamalkan ; mengurangkan pembaziran.
- banyak yang boleh dijimatkan sekiranya kerajaan bertindak serius setelah laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan mengenai ketirisan pengurusan kerajaan. bagi aku, kerajaan sepatutnya bukan hanya tahu menafikan secara berterusan setiap satu hal yang dilaporkan.
- seandainya kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kos urus tadbir negara, mereka berhak melakukannya
- penjimatan sebanyak 50% dapat dilaksanakan sekiranya lampu jalan yang warna oren ditukar dengan menggunakan mentol LED.
- beliau turut menyarankan agar kenaikan cukai pintu dikaji terlebih dahulu dari sudut kesannya. yalah, sekarang nak beli rumah pun susah. tanah mahal, kena ikut quota bagai. aku bercakap dari pengalaman melihat kesukaran pakcik aku membeli rumah. katanya,
'ada aje kabel tarik turn kita dari beli rumah.'memanglah ada PR1MA segala.tapi kalau tak ada??
- mengenai kenaikan sebanyak 15% tarif elektrik, beliau berpendapat bahawa ianya amat memberi kesan kepada kos industri pengeluaran negara selain menjadi suatu lonjakan besar kepada pengguna domestik. sewajarnya tarif tersebut dinaikkan secara berperingkat.
- beliau akui kerajaan memerlukan duit yang lebih banyak kerana situasi sekarang. namun, tidak bermakna kerajaan hanya mempunyai satu jalan sahaja bagi memperoleh wang yang banyak dengan menigkatkan kadar cukai dan memansuhkan subsidi.
secara peribadi, aku ingin memuji Tun M yang sangat berwawasan dan berpandangan jauh. beliau tidak memerlukan sejuta penasihat untuk mengambil langkah yang selamat tanpa mengundang perasaan yang tidak enak yang akhirnya mungkin boleh membawa kepada kejatuhan kerajaan. syabas Tun M.
artikel penuh
*aku sebelum ini pernah diberi tugasan bagi mencari maklumat berkaitan Tun M. apabila baca segala info dari pelbagai sumber tentang beliau, rasa bangga menjadi rakyat Malaysia kian menebal.
orang luar negara lebih mengenali Tun M sebenarnya selain Mokhtar Dahari seperti cerita seorang penuntut Malaysia yang menuntut di Korea Selatan , (dah habis belajar dah pun), apabila disebut Malaysia, kebanyakan orang disana (pakcik-pakcik terutamanya) akan membuka cerita tentang Tun M dan Arwah Datuk Mokhtar Dahari serta zaman-zaman kegemilangan sukan Malaysia dahulu.
No comments:
Post a Comment