Friday, 26 April 2013

Typical Malaysians :drama-Say,me??

Hello!!!!! world..eh..silap silap..Assalamualaikum world..~~

ma aku nak tengok sinetron kat tv3 yang bagi aku entahpape tuh..so aku mengambil langkah menyurakan rasa tak puas hati melalui sini.

pada pendapat aku,,itu semua DUST!!  DUSTA!!!
 aku dengan perasaan hampa terpaksalah merelakan mak aku menonton sinetron tu.. tapi,serious!! cerita yang ditayangkan kt tv semua ntahpape...(aku tak refer kat cerita indon je ek...)

antara perkara yang menyebabkan aku menyampah dengan cerita-cerita yang ditayangkan tu :


  1. Sinetron Indonesia
aku sebenarnya tak tau sejak bila sinetron mengambil tempat dihati para ibu sekalian.. tapi yang tak syoknya cerita indon ni,,,

  • modal cerita dia mesti tak lain tak bukan pasal tertukar anak..agak susah untuk aku jumpa cerita indon yang tak menyelitkan isu pertukaran anak..dah tertukar anak tu,,18 tahun kemudian jumpa..aku pun tak tau macam mana mak and anak yang terpisah tu boleh kenal mengenali satu sama lain.yang tu okey lagi,yang tak boleh bla bila si mak rasa budak yang dia baik tu macam anaknya yang hilang 18 tahun dahulu..mak mesti cakap 
'kenapa aku merasakan seperti dekat sama anakku yang hilang dulu ya'  
'kegemaran kita sama ya..ibu juga suka buah epal biru or whats over bla bla'
 untung ada kamu..darah kita sama'
 mesti ada nye dialog dialog cenggitu..buwekk...muak aku dengar...silap hari bulan boleh hafal..
alik alik nanti ending jumpa anak,,rupa rupanya anak aku dekat sengan aku...mesti ada camtu...
siap boleh ada anak haram segala bagai...yang aku pelik parent si pakcik yang ada anak haram tu tak marah pulak..


  • seterusnya,,bagi aku jalan cerita dia mesti lebih kurang je semua..
  • cerita diorang bagi aku tersangattt la OVER effectnya.aku bagi contoh kalau dalam kereta..nampak sangat kereta tak bergerak..bayang dahan pokok camtu je aku tengok..dah 138km bergerak pun pokok tu jugak..cerita melayu pun tak macam tu aku rasa..kalau ada adegan terbakar ke,,fuhhhh!!!! api dia!syok aku tengok..bunsen burner sekolah aku pun tak oren cenggitu..kalau kena tumbuk, aku tengok muka mangsa cam kena toreh ngan lipstick..ni lipsuck!
  • next is bila para pelakon melakonkan watak masing2..maksud aku bile para pelakon berborak sesama mereka..kenapa mesti kamera tu fokus kat muka orang yang bercakap sahaja?? memang tv kat rumah aku perlu ditayang muka mereka bercakap sebesar alam pun..aku tak berminat betulla bila fokus kat muka orang tu je...kalau aku ada tv 72", mak aihh...besarnya muka!!!
  • cerita indon senang je nak detect sape jahat..tengok je la muka..ekspresi orang jahat senang nak detect..yang kalau buat muka pelik,,mata bulat, kening kalah ziana zain,,mulut sengih sampai nak berpusing 360 darjah, ala-ala sumbing,,yela tu....sah sah orang tu jahat
  • cerita dia sooooooo panjang...ko ingat aku ada masa ke nak melayan kepanjangan ceritamu...episod dia,,,kalau boleh nak sampai ratus ratus...yang brpuluh puluh pun tak larat tengok...mujur tak sampai ribu ribu
  • ni tang aku nyampah..kalau scene terkejut,,,memang sampai tekujat aku tengok..terkejut je,,mesti cam slow motion,,dia snap muka pelakon satu satu,,siap muzik saspen lagi...haha..dan biasanya kalau terkejut tetiba tu,,mesti lepas ni akan ada perkataan 
'bersambung'
'to be continued'
mesti ada camtu


  • kenapa mesti pelakon hero atau heroin dia mesti naif gila..aq yg TERpaksa tengok pun naik stress..mesti yang jahat SUPER DUPER jahat dia...heroin mesti kena buli..aku tengok heroin mesti aku fikir asalla lembab sangat watak dia...kadang kadang  rasa macam nak je aku pergi set penggambaran dia,,sound heroin tu,,tak pun biar aku jela direct drama tu..hehe
konklusinya,,aku bukannya nak mengkritik gila babun pasal cerita diorang tu,,tapi nak meluahkan rasa sahaja disini..apa apa pun,,bagi aku drama tempatan lebih baik dari drama cenggitu walaupun aku bukan layan sangat drama..

No comments:

Post a Comment