Saturday, 27 April 2013

Nadi Teknologi : TV Internet

Assalamualaikum w.b.t kepada semua TV-addicts dan Internet-addicts sekalian..

ehem ehem..test suara..

harini rasa nak menulis pasal satu fenomena yang aku terbaca kat dalam paper hari ni. mentang-mentang sekarang tengah jaman mengundi, aku dapat paper free siap tulis naskhah tajaan..
heh,sape la yang rajin menaja,..nak pancing undi letu..

ok ok..stop the crap..

sekarang ni, kita dah tak asing lagi dengan pelbagai portal yang kasi kita siaran TV. sebenarnya bukan siaran TV je dia kasi, sekali dengan movie dan drama kot..dunia teknologi masa kini.
kalau nak buat list web yang kasi kita service sebegini, banyak jugak la aku rasa. kalau tv, ada yang free. contohnya, www.tonton.com, yang 1MalaysiaTV. ada gak yang kena bayar.contoh, astro-on-the-go. maksud aku kat sini, dia macam tengok Astro.Astro kan kena bayar, siap pakai bil lagi tu. bezanya korang boleh tengok dimana-mana sahaja korang berada. frankly,aku mana pernah guna semua tu.tak pernah terniat nak bukak.hehe.
benda sebegini aku katakan sebagai satu benda yang baguslah. sebab


  • melalui peranti sebegini, ia membolehkan kita untuk menengok tv kat mana-mana sahaja kita berada. either kita di dalam LRT, monorel, bas, teksi, pejabat, stadium, dalam jamban tengah melakukan aktiviti pun boleh!! tapi make sure ada connection la.kalau takde, tak payah berangan nak menengok la.
  • melalui perkhidmatan begini, membantu kita tak jadi kera sumbang yang tak tahu perkembangan semasa. sebab berita tak sempat tengokla, bila dah ada benda ni, bukak jela Astro Awani berita segenap tv, ehh,,dimensi tu. ao, mana yang rasa korang ada interview, tapi tak menyempat nak bukak berita, kan ada benda ni.senang hidup kome.
  • to those drama-addicts yang busy memanjang dan tak sempat menonton drama kesukaan korang, korang boleh tengok balikla cerita tu.mesti melambak kat youtube.tak caye,cuba cek.tapi nak best, internet mesti gagah perkasa la, baru laju proses buffering berlaku.kalau setakat internet lagi slow dari kura-kura berlari, baik lupakan jela.
benda sebegini menjadi tak bagus bila

  • orang tu terlalu obses dengan dunia diorang sendiri tatkala menonton siaran TV
  • bagi aku benda ni kadangkala menyempitkan lagi dunia sosial someone bila dia terlalu taksub ngan benda ni. sebab kalau dah ada benda ni, kadang kadang semua kerja tak jalan. nak tegur orang pun dah payah. dalam LRT takdenya dia nak beramah mesra alam dengan surrounding. lebih baik layan TV.
  • pastu, bagi aku benda ni menggalakkan pertumbuhan sikap suka meyendiri.yela.nak tengok tv dekat tab, ipad, smartphone bukannya best kongsi-kongsi ni. skrin kecik kot. kalau aku, jangan harap nak share
  • buatnya orang yang macam aku tengah syok tengok tv, dalam pengangkutan awam pulak tu.. mahu terlepas tempat yang dituju..tapi aku rasa kalau ada kes macam tu, aku je kot orangnya.buat malu je terlepas destinasi.huh
sekarang ni bukan siaran tv je, movies baru, dramas baru (especially korea) senang je dicari di internet. bagus betul teknologi sekarang. memanglah kajian kata perhubungan sosial mampu dikekalkan dengan adanya benda ni. tapi kadang-kadang rasa macam makin kurang rapat je.depend orang lah kot, how diorang  menguruskan perhubungan sosial.
 so, tengok tv, tengok tv jugak. jangan sampai yang no no turut dibuat. ambil positive values sudaa

No comments:

Post a Comment