This is purely based on writer's experience.
Aku bersyukur aku berjaya ditempatkan di sebuah universiti awam disaat aku hampir tidak berpeluang langsung untuk melanjutkan pelajaran aku setelah gagal meneruskan pengajian di luar negara pada 2015 lalu. Aku masih ingat lagi, UPU aku tidak diproses kerana aku gagal mengemukakan keputusan MUET aku – aku tidak pernah buat pun sebenarnya sehinggalah pada awal tahun 2017. Disebabkan kegagalan aku dalam permohonan UPU, ada berlaku pertengkaran antara aku dan abah aku. Sedih apabila dipulaukan oleh ibu bapa sendiri.Sebab itu aku nekad untuk buat sehabis baik sekiranya aku berjaya mendapat tempat untuk sambung pelajaran. Rezeki aku pada tahun 2017 menunjukkan pattern yang baik, gradientnya naik sahaja setakat ini. Malah aku diterima untuk jawatan tetap sebagai pembantu tadbir oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.Namun apa yang aku ingin ceritakan disini bukanlah berkisar tentang jawatan tersebut tapi akan ragam orang yang aku temui sepanjang aku bergelar pelajar di IPTA tersebut.Memang ada benarnya orang kata, bila kau masuk universiti nanti, jangan terkejut dan pandai-pandailah pilih kawan. Nanti ada yang jadi sleeping partner, sleepy partner, leader, keras kepala dan bermacam-macam lagi.Bagi mereka yang tak kenal aku mungkin tak tahu yang aku seorang yang suka memerhati. Ada sejenis manusia yang suka lupa hutang sendiri dan kawan-kawan. Ada yang jenis hutang orang lain dia akan ingat, tapi bila hutang sendiri, secara automatik dia akan jadi nyanyuk.Ada yang jenis terlalu friendly. Masalah bila terlalu friendly ini adalah sikap itu akan makan diri sendiri. Friendly itu bagus tapi tidak jika terlampau tambah-tambah lagi bila kita berkomunikasi dengan seseorang yang berlainan jantina. Sikap terlalu friendly ini makan diri sendiri hingga kau akan dicop gatal lagi murah.Ada sejenis manusia yang suka mencapub (mencari publisiti). Dengan semua orang dia nak tegur, nak beramah mesra. Kalau dalam whatsapp groups¸dialah yang paling banyak bersuara, dialah yang paling melayan.Ada segolongan lagi yang jenis cepat sentap. Apabila ditegur baik-baik, dia cepat terasa. Apabila giliran dia tegur orang lain, perasaan orang yang ditegur tidak pernah diambil kira. Mulut pedas macam lada.Ada pula golongan yang happy-go-lucky tapi dalam diri dia hanya dia sahaja yang tahu masalah yang dipikul. Jauh dari family jauh dari mata hati. Dia punya masalah susah untuk orang kesan. Dia biasanya simpan dalam-dalam. Dia mudah tersentuh tapi dia biarkan kerana dia bimbang orang akan hukum dia.Sejenis yang lain pula aku kira unpredictable. Dia boleh jadi selfish, sleeping partner. Orang seperti ini memang kau kena push baru jalan kerja dia. Orang seperti ini harus sentiasa diingatkan. Dia dalam dunia dia sendiri. Bila kita tegur dia buat muka masam. Kalau datang angina baik dia, dengan penyapu pun dia akan senyum.Ada sejenis yang aku kenal sangat clingy. Terus terang aku cakap, aku cukup tidak suka pada orang yang clingy. Sekali dua bolehlah lagi tapi kalau sampai aku baru sampai bilik pun kau terus datang nak sembang. Kita tunjuk yang kita tiada mood, tapi dia tidak faham, malah diteruskan juga. Eventually, dia dengan telefon dia, kau tengok dia berhuhu-huhu sahaja.Ada yang segelintir lain pula, perwatakan dia tak sama dengan apa yang kau lihat dari segi keterampilan dia. Dia mungkin muka kurang manis tapi perangai sangat baik. Masa kali pertama aku kenal, aku ingatkan dia jenis yang tak suka orang lain sebab susah nak nampak dia senyum. Lama-kelamaan, kau tahu apa yang boleh trigger dia untuk jadi sewel, apa yang boleh trigger dia untuk jadi berang.Aku?Aku sentiasa dalam dunia aku sendiri walaupun jasad aku nampak macam aku melayan mereka. Tapi otak aku tak boleh berhenti berfikir akan segala hal. Itu salah satu benda yang aku tak boleh elak. Aku seorang yang melancholy. Mungkin sebab itu selalu sahaja terhasil artistic poem and thoughts on the spot. Entahlah nak.
Sloty Casino Hotel and Casino - Mapyro
ReplyDeleteFind the best Las 전주 출장안마 Vegas sloty casino hotel 안동 출장마사지 and casino in the city. We have more than 밀양 출장안마 150 전라남도 출장마사지 slot machines and plenty of 강릉 출장마사지 table games. We have over 600