Tuesday, 29 March 2016

Mati itu pasti.

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak menaip. Almaklumlah, sibuk sangat menyibukkan diri yang takdelah sibuk mana ni.

Semalam aku dan jiran-jiran telah dikejutkan dengan berita pemergian jiran kami sekeluarga yang meninggal ekoran kemalangan jalan raya di sekitar Paloh. Kejadian tersebut telah mendapat liputan media-media tempatan.

Aku taknak mengulas dengan lebih lanjut tentang kemalangan tersebut sebab aku pun bukanlah orang yang berada di tempat kejadian.

Nak baca dengan lanjut klik disini.

Point penting yang aku nak ketengahkan kat sini ialah, mereka semua itu masih muda, si isteri dan suami belum pun mencecah 30 tahun dan bayi itu pun tak sampai lagi setahun umurnya.

Aku sebenarnya agak lambat tahu pasal ni sebab aku masa tu tengah mengaji dalam bilik aku masa aku dengar mak aku bising-bising. Aku pun malas nak ambil pusing sebab ingatkan mak aku membebel pasal apa. Usai solat isya', aku tanya mak aku,
Abah pergi mana?
 Abah pergi hospital. Faizah meninggal dunia petang tadi.
Hah?
 Faizah yang kerja dekat pejabat tu meninggal, Accident dengan lori balak. Dia dan anaknya meninggal di tempat kejadian. Si suaminya kritikal, sekarang dekat hospital.
*Perbualan sebenar telah diubah bagi memudahkan aku menulis, sebab perbualan asal 150% dalam Kelantan.

Bila aku tahu pasal realiti tu, terus rasa tersentap dekat hati tak tahu kenapa. Kebetulan pulak aku baru habiskan bacaan terjemahan QS Ali 'Imran dan dalam surah itu ada menyebut :

ihsan Google. Terngiang-ngiang translation ayat ni dekat kepala.
Aku takdelah kenal sangat dengan arwah sekeluarga tapi selepas mengetahui musibah tersebut, aku secara automatik rasa takut sangat.

  • takut apabila orang yang tinggal berdekatan dengan rumah sendiri telah dijemput menghadap-Nya.
  • takut apabila sedar yang dijemput itu masih lagi muda. Sesungguhnya ajal itu tidak mengira usia.
  • takut apabila refleks diri sendiri, dan tersedar amalan aku dekat dunia ini rasa macam lagi sikit dari dosa yang aku buat. Astaghfirullahal 'adzim.
  • takut sekiranya ajalku menjemputku sewaktu aku tengah bermaksiatan. Na'uzubillah min zalik.
  • takut sekiranya aku tidak sempat bertaubat.
At the moment, aku berfikir sejenak. Selama aku hidup 20 tahun berbulan-bulan ni, apa sebenarnya yang telah contribute kepada agama aku, ibu bapaku, keluargaku dan para mukmin dan muslim yang lain. Memanglah dalam doa selepas solat itu selalu sahaja disebut,
Ya Allah, panjangkan umurku agar aku dapat berbakti kepada agama, ibu bapa etc.
Tapi yang paling aku takut sekiranya segala doa yang baik-baik itu sekadar wishful thinking dan aku tak pernah berusaha untuk mencapai hajat aku itu, sekadar wishful thinking walaupun sesudah ajal menjemputku. Mintak simpanglah bak kata orang Melayu.

Aku bukanlah nak bertazkirah dalam entri kali ini tapi sekadar ingin meluahkan perasaan aku. Jauh lagi dari ingin mendapatkan pujian dan menjadi riak kerana sesungguhnya itu hanyalah racun kepada imanku yang sedia lemah ini.

QS Ali 'Imran 3: 185
Semoga kita sentiasa mengingati-Nya dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya. Semoga Allah menetapkan iman dihati-hati kita semua dengan seteguh-teguh keimanan dan ketakwaan. Semoga kita dijauhi dari segala malapetaka. Semoga hati ini ditetapkan dengan sifat-sifat mahmudah dan dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah yang dimurkai-Nya. Semoga kita beroleh kebahagian dan kesenangan di dunia dan akhirat, dikurniakan jodoh dan zuriat yang sentiasa beramal soleh, sentiasa diberi kesihatan dan kesejahteraan. Amiin ya Rabbal 'Alamin. 

No comments:

Post a Comment