Monday, 15 February 2016

Travelogue : Pantai Timur


Assalamualaikum people!

Hari ni saje rasa nak menulis pasal short vacay family aku sempena CNY Break. Sebenarnya takdelah sempena perayaan tu, tapi kitorang punya vacay tu sebenarnya pada minggu CNY Break, bukanlah pada hari jatuhnya CNY Break tersebut.

Perjalanan dimulakan pada pagi Jumaat yang sungguh mendung. Bak kata orang Kelantan; jo’o. abang aku macam biasa jadi driver rasmi kitorang. First stop ialah di Nilam Puri, Kota Bharu. Kitorang attended wedding bekas jiran kitorang dulu dekat sana. Gerak habis awal dekat pukul 10 pagi sebab nak makan tengah hari dekat sana punya pasal. Alhamdulillah kenyang perut suka hati. Gulai daging dia pun sodap mak kau!

Congratulations! Moga hubungan hingga ke jannah.
tu akak aku dengan pengantin by the way.

Selepas itu, perjalanan diteruskan lagi menuju ke kampong halaman tercinta di Setiu, Terengganu. Benda yang melenguhkan bila balik kampong ni, nenda aku memang suka paksa cucu-cucu dia makan. Selagi kau tak angkat punggung dan kaki yang sedia besar itu ke meja makan kayu berwarna coklat yang berada betul-betul di pintu masuk rumah tu, selagi itulah kau kena tahan telinga kau dari mendengar panggilan nyaring nendaku itu.

Keesokan harinya, hujan turun dari pagi sampai petang. Lepas Zuhur baru kitorang boleh gerak menuju ke Kemasik, Kemaman. Kitorang dah planned nak bermalam kat rumah mak saudara aka adik abah aku tu. Rumah beliau memang betul-betul berdekatan dengan pantai dekat Kemasik tu. Tapi aku tak pergi pun pantai tu. Puaslah asyik pergi pantai je tiap kali balik kampong.

Sebelum sampai ke rumah makcik aku, kitorang singgah di Mesra Mall. Plan asal nak tengok Ola Bola. Ramai orang kata filem tu best gila tahap tak ingat. Tu yang semangat pergi booked tiket tu. Kitorang booked untuk 9.50pm showtime. Aku, kaklong dan Radzi aje yang menengoknya. Abah aku tak berapa sihat kakinya. Kalau tak mesti dia antara yang paling bersemangat nak tengok.
Sedih cerita ni. Patutlah member aku pesan
bawak tisu time tengok. #thebestmalaysianmovie.
berbaloi RM17 melayang.
*gambar ihsan google*

Pada hari Ahadnya pulak, kitorang gerak menuju ke Bukit Gambang. Kami adik-beradik semua tak pernah lagi masuk tempat tu. Ma dan abah aku je yang pernah pergi. Itu pun masa Family Day. Sepanjang perjalanan, kabus tebal gila. Sebenarnya, takdelah sepanjang perjalanan, more likely to ¾ perjalanan aku rasa.
*tiket masa aku pergi RM32-adult.

Nasib baik hari tu tak ramai orang dekat situ. Kalau tak, penatlah nak menunggu giliran nak naik slides depa yang famous tu. Sebenarnya yang bersemangat main air ialah kaklong dan aku je kot. Abang aku nama aje masuk waterpark, tapi pakaian dan badan dia kering sentiasa kot sepanjang kitorang ada dalam tu.

Kitorang naik Galaxy Slides (yang kena lalu tunnel tu), Canopy (longest slide) dan Family Rafting (walaupun aku, kaklong dan abah je kot yang main FR tu. The scariest slide I’d say FR sebab seating aku yang buatkan aku kena tengok belah kanan slide aje. Lepas tu Galaxy sebab kat dalam tu gelap gulita and the only thing that I did was holding the pelampung tightly while screaming like a maniac from the moment we were released from the top till the moment we reached the final destination which is their respective pool. Dahla aku dan kaklong tak reti berenang langsung. Mamat lifeguard tu boleh pulak buat dono kat kitorang yang tersadai tengah-tengah kolam tu. Haish!

There is another slide (Crystal Slide) and according to the signboard, it’s the fastest slide. Taktau la betul ke idak, sebab kitorang tak try pun. Penat ah nak daki tangga yang banyak anak dengan kaki sakitnya, nak usung pelampungnya lagi. Ada juga lane terrace slide tapi taknak aku buat. Tengok orang buat pun dah gerun.

Pengalaman paling menggerunkan masa dekat Coco Beach. Elok je kitorang sampai, siren ombak bunyi. Cepat-cepat naik pelampung konon nak rasa wave tu. Sekali bila naik, orang lain semuanya makin ke darat dibawa arus. Aku dan kaklong je kot yang makin kedepan dekat 1.8m. Gila cuak, nyaris lemas dibuatnya. Taknak cerita lebih pasal bendalah tu. Pengalaman pahit kot.

Ni la tempat yang aku nyaris lemas ni.
takmau dah pergi. -,-*
*gambar ihsan google jugak*

Benda yang paling best bila dekat our final pit stop which was the falling water or whatever the name. Ala, yang air dia isi dalam tangki dia tu, then bila penuh orang pakat tunggu kat bawah and almost get drowned. Sumpah best gila main benda tu. Aku dan kaklong siap main slides dekat kawasan tu lagi sementara menunggu tangki penuh.
Puas hati main ni.
sampai jatuh terduduk aku kena hentam dengan beliau.
*gambar ihsan google lagi*
A photo posted by akmal cikmat (@akmal_c) on
It was nice after all, soaking ourselves in water, almost getting drowned (an experience and moment to be remembered), main slides macam kanak-kanak riang and the most valuable value is family bonding. Bila lagi nak merasa bercuti sakan main-main macam orang gila macam zaman kecik-kecik dulu dengan parents and siblings kalau bukan waktu macam tu?

Y’know, makin kita dimamah usia, masa berlalu, kadang-kadang tu kita tak sedar our relationships are getting strained despite the time. Anak-anak yang kecik dah jadi besar, kerja, kahwin. Mak bapak pun bukannya makin muda. With that, always bear in mind to always make the most of your time together.

No comments:

Post a Comment