Thursday, 1 January 2015

Hello 2015 =), farewell 2014 ;(

Assalamualaikum.

setelah sebulan (dan lebih) aku tak update blog ni, rasa seperti nak melakukan sedemikian rupa lah pulak.walaupaun tak ada modal nak cerita, tapi nak jugak tulis.

kali ini aku ingin membuat sorotan keseluruhan 2014 (eksyen gila bajet orang nak baca je) aku yang dah lepas both zaman kegemilangan dan zaman kegemulungun eh?

penat ngedit semalam sampai tak tidur tidur kau

2014 aku dimulai dengan azam tahun baru yang mana tak pernah nak tercapai obviously. aku ingat lagi masa balik ky balik masa awal tahun haritu, berkumpul di markas seperti biasa, semua dok 'OMG!! AS lagi beberapa bulan je weyh!!!BANYAK LAGI TAK REVISE BLA BLA BLA!!!'

basically my whole 2014 banyak spent di ky sebab
a. aku jarang gila balik rumah
b. refer jawapan diatas
selepas sibuk ber reorientasi dengan royals, maka study life diteruskan seperti biasa.

bangun pagi, pergi kelas, lunch, pergi kelas balik, balik chalet, dinner, buat kerja dekat chalet atau wherever it is, tengok cerita kelakar kelakar dengan laptop sebab penat menghadap tulisan dekat buku dan sebagainya, tidur, repeat. 

kalau student lain ada baju eat,kyasu,repeat, aku punya loop pelik sikit sebab perkataan kyasu tu tak pernah wujud dalam hidup aku whahahahahahaha.

tahun 2014 bukanlah tahun segalanya bagi aku sebab banyak jugak down dia. orang kata 'tahun ni bukan tahun aku dowh.next year in sha Allah,aamiin...'

tahun ni tahap kesihatan kepala dan mata aku semakin merosot sampaikan menitik air mata aku menahan migraine yang menyerang tapi thanks kepada kawan-kawan dan matron yang penyayang kerana ambil tahu tentang aku yang kerdil ni tskk *ayat poyo gila budak ni

tahun 2014 turut menyaksikan duit abah aku lesap sampai RM5000, barang-barang berharga kakak aku hilang kena rompak itu hari, abang aku belum dipanggil untuk sebarang temuduga kerja dan kereta pulak kena langgar dek orang, dan banyak lagi. taknak lah cerita semua benda dekat sini, too private and too confidential kot yang the rest tu. just cerita yang bunyi gempak cukuplah. 2 events yang memang akan terpahat di hati ni ialah tahun ni abah aku kena warded, sebab beliau kena raja satung dan tambahan pula beliau mempunyai penyakit kritikal yang lain.

Seperti semua sedia maklum, tahun ni merupakan banjir besar yang amat-amat besar melanda pantai timur dan paling teruk di Gua Musang, dan kedua paling teruk selepas tahun 1967 di seluruh Kelantan. walaupun aku terselamat dari menjadi mangsa banjir yang total, sebab rumah kami atas bukit, still boleh rasa effect dia sebab satu Kelantan elektrik dan air dipotong serta line telefon usahkan lagi. tapi hikmah dia bila mengharungi susah bersama-sama orang tersayang ni, dia merapatkan lagi hubungan kita yang dipinggirkan kerana tv, internet, telefon bimbit, laptop (macam aku tengah buat ni).

Sekitar kawasan bandar lama Gua Musang setelah dibersihkan sikit sikit

yelah, sama-sama dok karung air hujan punggah masuk rumah, mengaktifkan budaya bercakap sesama anggota sebab tiap malam tak tahu nak buat apa, kami anak-anak sibukla dengar cerita mak aku zaman dia kecik-kecik dulu, zaman baru kahwin dengan abah aku dulu, dan bermacam zaman lagilah

walaupun ada banyak downside tahun ni, at least ada benda yang best boleh dikenang.
Alhamdulillah aku dah dapat offers dari kelima-lima universiti yang aku apply through UCAS itu hari untuk respective course yang aku minta which are:
 yang tinggal sekarang adalah untuk aku berfikir semasak ranumnya akan 2 choices untuk diapprove oleh pihak sponsor dan agak memeningkan sebab walaupun aku boleh nak jadikan the one with BBB tu sebagai salah satu choices aku, still aku kena dapatkan at least ABB untuk lepas requirement pakcik sponsor aku nih. so, istikharah all the way lah ye.

aku mohon jasa baik kalian yang membaca untuk doakan kejayaan aku dalam memilih 2 universiti terbaik as firm and insurance dan kejayaan aku untuk melepasi syarat penaja aku aka Felda.

nota kaki: those yang pernah baca blog aku mungkin merasa agak pelik (dah kenapa dia ni sekejap omputeh, sekejap bahasa melayu baku, sekejap bahasa tunggang langgang macam alien), well aku pun tak tahu sebenarnya. bear with me je lah weh. anyways, ni blog aku suka hati aku lah

p/s :menulis entri ini sewaktu tengah fed up dengan programming tak siap-siap lagi ni,mohon doakan penulis mendapat hidayah mencari faulty dalam coding beliau terima kasih. :)


No comments:

Post a Comment