Saturday, 24 January 2015

Travelogue : KL-Melaka part 2

Okay ni sambungan dari part 1 itu hari. (sila klik bagi membaca part pertama)

keesokan paginya setelah checked out dan bersarapan di gerai berhampiran sebab malas nak sarapan dekat hotel, abah bawak kami melihat dengan mata kasar kami sendiri (eceh, mata kasar... bangga Cikgu Idham cikgu BM aku kalau tau aku guna perkataan tersebut dalam perbualan seharianku ni hahahaha). sekali lagi, abah decided untuk bawak kitorang tengok sendiri Menara FELDA kebanggan beliau and by that time, ia belum di officiate lagi.

Menara FELDA






lepas tu, kami bergegas menuju ke highway untuk ke Melaka dan sudah tentu menyinggah di Nilai merupakan perkara wajib tambah-tambah akak aku dan ibuku peminat tegar segala jenis kain yang ada dimuka bumi ni. nasib baik kain buruk dekat dapur tu depa tak sayang lebih-lebih.






Nilai

jalan agak jammed itu hari. yelah, cuti sekolah kot, nak nak CNY.
gila kau tak jam.

setelah beberapa jam perjalanan (termasuk tempoh berhenti makan minum solat, pilih kain dari kedai no 1 sampailah kedai no 55647,wuuuu auta gila) kereta yang membawa kami akhirnya menemui jalan keluar dari highway yang sesak menuju ke Melaka.
Markah effort: 6/10 kerana gigih mengambil gambar exit 231 ni



Negeri Asam Pedas here we were
sampai-sampai tu terus pergi Zoo Melaka. gila cinta haiwan kitorang nih.hahahaah.



taktau la effort gila berenti parking kereta tepi
sebab nak amik gambar pintu gerbang ni 



tiket kenang-kenangan. kalau rindu boleh tatap 

aku datang zoo nak melawat seladang ni, tapi dia ni tidur pulak.



yang takde partner tu biasalah, third wheeler hihihi


kalau datang zoo tapi tak pegi tengok persembahan haiwan ni,
memang rugi la kome



sekitar persembahan haiwan




busuk gila bau kepala burung ni.lupa pulak nak shampoo pagi tadi.
-keluh abang penjaga burung ni





badak-badak sekalian yang tersadai disana tu


tinggi tahap petala kelapan betul encik zirafah ni.teleng tengkuk aku

 


abang rimau yang sado.


abam rimau malaya dan pasangannya


cuak gila masa nak amik gambar mereka.
tapi nasib baik ada kamera Canon IXUS HS 310 
yang mampu zoom sejauhnya tanpa pixelated



ada macam singa yang Metro-Goldwyn-Mayer company punya tak??




jangan la amik gamba kite.malu titteww taww
-jerit mak beruk itu


B-U-A-Y-A


nilah gajah paling malas penah aku jumpa seumur hidup aku. keje dia berjemur je.dengki betul nengoknya
lepas letih duk pusing-pusing dan selfie dengan haiwan yang ada, kami mengambil keputusan untuk cari hotel. ekstrem tak ekstrem bercuti time peak tapi tak book hotel awal-awal. mohon jangan dicontohi.

bilik hotel.
teddy bear mr bean tu aku beli dekat Zoo Melaka sebelum pulang

kami menginap di Hotel Seri Costa not bad la yang slack masa aku pergi itu hari, no free wifi yang sampai ke bilik hotel.

malam tu kami pergi jejalan ronda bandar Melaka.

Menara Taming Sari :






Bandar Melaka:



epic gila beca ni:



Sementara makan malam Asam Pedas:



Dalam perjalanan pulang ke hotel:


nota kaki : kamera digunakan ialah kamera HTC OneX (bagi gambar yang tiada tarikh) dan Canon IXUS HS 310 (yang ada tarikh)

tamat bahagian 2

No comments:

Post a Comment