Wednesday, 10 September 2014

Tip mencari halaman Juzu' pilihan dalam al-Quran

Assalamualaikum wbt.

Sedang membelek-belek artikel di alam maya, terjumpa pula dengan satu tip yang aku kira menarik untuk dikongsikan iaitu tips mencari muka surat Juzu' pilihan dalam Al-Quran. Dikatakan perkara ini hanya efektif pada Al-Quran yang standard (yang biasa dibaca dan dimiliki orang)

Aku telah simpulkan formula tersebut menjadi seperti formula matematik seperti rajah dibawah.


Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan nombor 2 sebelah jawapan di atas.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan nombor 2 selepas jawapan tersebut.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 sebelah jawapan tersebut
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

sila rujuk kepada naskhah Al-Quran yang sebenar bagi mengetahui kesahihan tips ini.

No comments:

Post a Comment