Assalamualaikum wbt.sekadar ingin berkongsi artikel yang dipetik daripada perkongsian seorang rakan melalui fb
Rahsia Hawa
MANDI WAJIB | Ramai
Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Jangan Pandang
Remeh Bab ni.....
Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan
perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat
Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya
dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang
itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk
mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi
membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan,
bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama
Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak
mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana
tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan
oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan
mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau
janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang
mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib
seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana
Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan
ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis
haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah
Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ”
Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu
memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan
menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya
dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu
mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu
menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut
Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak
dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu
meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan
bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut
seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya,
tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung
itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran
yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,
kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh
dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,
inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan
pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang
yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi
wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi
untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan
pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan
pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya
yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya
akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan
air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah
faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan
sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.
Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu
berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan,
huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah
merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib
pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3
sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak
keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya
melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan
anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan
menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi
selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada
waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum
tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
fully credited kepada fb tersebut.semoga perkongsian ini memberi manfaat yang banyak kepada kita semua, terutamanya yang kaum hawa.
No comments:
Post a Comment