setelah sekian lama menyepi, kali ini nak lari dari lagha dunia. seperti nama entri kali ini, 'Wudhu', aku hanya ingin berkongsi tentang artikel berkaitan dengan wudhu' yang aku baca.
tapi sebelum itu, kita akan bermula dengan pendahuluan wudhu' secara ringkasnya.
Maksud Wudhu'
perbuatan tertentu yang dimulai dengan niat, disusuli dengan membasuh muka,kedua tangan, kedua kaki,dan menyapu kepala bagi membolehkan seseorang itu melakukan solat dan ibadah-ibadah lain yang memerlukan wudhu' seperti dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud
"Allah swt tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas sehingga ia berwuduk" (riwayat Abu Daud)Sahih Al-Bukhari Kitab Wudu' -bab Hadith tentang Wudu'
وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى{ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ }
Apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu sampai ke siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu sampai ke buku lali; Surah Al Maaidah, Ayat 6
Abu Abdillah berkata: Rasulullah menjelaskan bahawa fardhu wudhu’ itu sekali, sekali. Nabi SAW juga berwuduk dengan membasuh anggota wudhu’nya dua kali, dua kali. Dan tiga kali, tiga kali. Baginda SAW tidak melebihi tiga kali. Ahli ilmu tidak suka sikap berlebihan dalam berwuduk dengan melampaui perbuatan Nabi SAW.
air memang digunakan dimana-mana bagi tujuan membersihkan kekotoran yang zahir kerana sifatnya membersihkan.tapi Allah Maha Mengetahui. Dia membenarkan dengan berwudhu', dapat membersihkan dosa-dosa kita. Dengan berwudhu',anggota wudhu' akan kelihatan berseri dan jelas kelihatan di akhirat nanti. Nabi Muhammad saw mengenali kita dengan cahaya di anggota wudhu yakni apabila baginda memanggil kita untuk minum di telaganya nanti.
di muka sahaja, terdapat paling banyak anggota; muka, mulut, hidung, telinga kiri dan kanan. tujuh anggota wudhu mengisyaratkan 7 pintu neraka. 7 anggota inilah yang menyebabkan kita masuk neraka.
tiga kali bilangan basuhan adalah isyarat taubat. rukun tiga ada tiga iaitu berhenti, menyesal dan berazamuntuk tak ulanginya.
berbalik kepada ayat Al-Quran yang diletakkan di permulaan kitab ini, maksud firman Allah dengan basuh muka itu sebenarnya termasuklah kumur dan memasukkan air kedalam hidung.
Hikmah Mengambil Air Wuduk
manusia cenderung untuk memandang muka seseorang apabila berhadapan dengannya. itulah sebabnya kita kena basuh muka kita. apabila kita suka akan sesuatu,kita akan mengambilnya dengan tangan, dan tangan atau badan kita dibawa oleh kaki. sebab itu kita kena basuh tangan dan kaki. jika kita tak dapat mengambilnya, kita akan guna fikiran untuk buat macam mana. fikiran kita terletak diatas dalam kepala. itu sebabnya kita sapu kepala.
di muka sahaja, terdapat paling banyak anggota; muka, mulut, hidung, telinga kiri dan kanan. tujuh anggota wudhu mengisyaratkan 7 pintu neraka. 7 anggota inilah yang menyebabkan kita masuk neraka.
seperti yang kita tahu, neraka itu panas. api lawannya air dan air berfungsi untuk menyejukkan dan memadamkan api. secara anologi, kita berwudhu bagi menyejukkan 7 anggota tersebut.
- kita guna kaki untuk ke tempat maksiat
- kita guna mulut untuk menipu
tiga kali bilangan basuhan adalah isyarat taubat. rukun tiga ada tiga iaitu berhenti, menyesal dan berazamuntuk tak ulanginya.
"Perbuatan wudu itu adalah perbuatan taubat sebenarnya. Kita dah berjanji dah sebenarnya. Berjanji dengan Allah. Maknanya, hari-hari kita bertaubat dan berjanji dengan Allah taknak buat lagi dosa yang kita telah lakukan itu. Kalau dengan manusia pun kita dah malu dah kalau banyak sekali berjanji. Kalau ada kesedaran ini, kita akan jadi orang baik."wudhu juga bagi menyucikan fikiran kita.
berbalik kepada ayat Al-Quran yang diletakkan di permulaan kitab ini, maksud firman Allah dengan basuh muka itu sebenarnya termasuklah kumur dan memasukkan air kedalam hidung.
"Fardhu wudu adalah sekali, sekali sahaja. Itulah yang disebut dalam Quran. Kalau lebih dari itu adalah sunat. Kerana dari segi bahasa, wajah itu bermaksud apa yang boleh nampak apabila kita berdepan. Mulut dan hidung tidak nampak sebab duduk di dalam. Tapi Nabi mengajar bahawa rongga mulut dan hidung juga perlu dibasuh."Nabi Muhammad saw pernah membasuh sekali dan dua kali tapi tidak selalu bagi mengisyaratkan bahawa perbuatan tersebut dibolehkan. tetapi tidak pernah lebih 3 kali. sehubungan itu, ahli ilmu menganggap ianya makruh jika melebihi 3 kali. Nabi juga pernah bersabda supaya tidak melebihi 3 kali. ianya zalim kerana membazir air.
"Tapi, tidaklah ini mengatakan kalau buat lebih dari tiga sampai batal. Ianya adalah makruh sahaja. Ibn Umar pernah membasuh kakinya sebanyak tujuh kali tapi itu adalah kerana dia membasuh kakinya kerana dia sebelum itu dalam perjalanan. Dibolehkan kerana bukan dia menambah syariat. Kerana bukanlah perlu kita basuh kaki kita dulu baru basuh anggota wudu yang lain kerana kalau kaki kita kotor pun, tidak perlu kita basuh kaki kita dulu."wallahualam .
Hikmah Mengambil Air Wuduk
- Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan: Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan dosa lidah dan berkata perkara yang tidak sepatutnya.
- Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
- Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini”.
- Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini.”
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.
- Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy -Mu”.
- Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
- Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
- Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan aturan mengambil wudhu’. Di dalam tertibnya, sebenarnya tersembunyi hikmah yang sama sekali tidak kita jangka. Maka, bersyukurlah dan sentiasalah mengerjakan solat dengan permulaan wudhu’ yang sempurna.
kesimpulannya, semoga entri kali ini mampu memberi manfaat dan kita boleh ambil pengajaran iktibar dari semua yang tercatat insya-Allah. selamat beramal.
wallahualam.
No comments:
Post a Comment