Wednesday, 29 January 2014

Dilema : Laptop

Assalamualaikum wbt.

aku sebenarnya nak berkongsi masalah aku. kakak aku telah meminta jasa baik aku untuk merekomenkan laptop untuk dibelinya memandangkan laptopnya yang dulu tunggu masa wreck off.


tapi sebelum itu, aku nak kongsikan kriteria yang penting dalam pemilihan sebuah laptop. antaranya;
  • harga
  • kualiti
  • jenama (memainkan peranan penting bagi kualiti ketahanan sesebuah laptop)
  • tujuan atau kegunaan laptop yang ingin dibeli
  • spesifikasi lain (sebagai contoh hard drive, processor, berat, operating system dan lain-lain)
harga
harga memainkan peranan yang penting juga. kita perlulah spesifikkan range harga laptop yang ingin dibeli. harga murah tak bermakna kualiti dia murah jugak. sebab biasanya harga bergantung kepada kualiti laptop tersebut, binaan laptop tersebut. ada sesetengah laptop memang baru nak up, dia jual dengan harga yang murah. 
kes kakak aku ini, dia nakkan range dari RM2000- RM3000. biasanya harga yang ditawarkan berbeza mengikut kedai, depends jenama apa yang kita nak beli. kalau untuk SONY, harga dia memang tetap dimana-mana SONY centre. mungkin lebih murah jika dibeli di kedai-kedai SONY tidak centre seperti COURTS, masa aku buat survey dulu, harganya jauh lebih murah dari harga di centre. tapi aku tak berapa nak yakin, sebab bukan barang origin COURTS, even warranty lagi lama, tapi orang kata lebih terjamin jika barang tersebut memang dari SONY centre.
kualiti dan jenama
kualiti atau ketahanan. bagi aku, jangan bear in mind sekali kau pakai satu brand laptop tersebut dan rosak, kau terus cop semua jenis laptop dari brand tersebut memang tak boleh diguna pakai. kualiti ini turut bergantung dengan cara kita jaga laptop tersebut. kalau laptop tersebut memang jenis nak kena ulit manja seperti MacBook, janganlah dibuat seperti NOKIA 3310. 
bagi aku, semua kualiti lebih kurang sahaja, asalkan kita handle it with care antara jenam laptop yang terkemuka ialah Acer, Dell, HP, SONY, lenovo, ms, TOSHIBA, Apple (MacBook). kualiti turut bergantung dengan tujuan laptop tersebut digunakan. tapi biasanya mesin/ robot memang dicipta untuk rosak dikemudian hari. kalau tak, rugilah syarikat-syarikat mereka yang mengeluarkan sejumlah laptop dalam satu masa. sebab itulah, kalau dah wreck off tu, dah boleh nak tolong. daripada hantar kedai untuk baiki, lebih baik beli baru. inilah cara mereka yang berkecimpung dalam bidang-bidang sebegini mencari makan. life cycle.
tujuan
satu aspek yang tidak boleh dipandang ringan ialah tujuan kita ingin memiliki sesuatu laptop. perlu diingat, lain jenis laptop, lain kegunaan utamanya. sebagai contoh, kalau kita mahukan laptop dengan tujuan untuk gaming, janganlah dibeli laptop jenama Apple pulak. itu namanya mencari nahas. biasanya, menurut pandangan rakan-rakan aku yang memang gila gaming ini, DELL merupakan pilihan terbaik. laptop jenama lain pun ada jugak. seperti Acer, pernah mengeluarkan laptop khusus untuk gaming, siri e-machine. 
kalau setakat guna untuk kerja-kerja sebagai student /profesional, laptop yang mana-mana jenama pun boleh.  jika anda merupakan orang yang artistik /pembuat design suatu produk, kebiasaannya MacBook menjadi pilihan berdasarkan interface yang menarik, comel-comel dan sesuai untuk product design.
spesifikasi
seterusnya mengenai spesifikasi yang perlu diambil kira. spesifikasi yang dimaksudkan adalah berat laptop tersebut. aku percaya tidak ramai yang suka guna laptop yang berat-berat. 
aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian ialah sudah tentu processor. kebanyakan laptop menggunakan intel processor. setakat ini, Intel telah mengeluarkan jenis processor sehingga i7. fungsi processor ini adalah secara ringkasnya aku terangkan adalah pemproses segala data dalam sesuatu peranti. untuk intel processor, semakin tinggi nilai i tersebut, semakin laju device tersebut boleh membuat beberapa tugasan dalam satu masa. aku hanya akan ceritakan serba ringkas mengenai i3, i5, dan i7. 
antara processor intel yang lain

perbezaan saiz processor intel
jika anda hanya menggunakan peranti tersebut sekadar untuk cek emel, online, pelajar, dan melakukan perkara yang remeh, i3 mungkin menjadi pilihan terbaik kerana untuk melakukan perkara-perkara tersebut, tidak memerlukan processor yang besar nilainya. jika anda seorang pelajar, pekerja yang kerap menggunakan alat peranti, untuk tujuan wordprocessing (menaip, presentation dan sewaktu dengannya), online, media purpose, i5 mungkin pilihan terbaik. dengan kelajuan lebih baik daripada i3. 
nak pakai i7 pun boleh. tak terhad untuk kegunaan anda. i7 kebiasaanya digunakan oleh orang yang gaming, kerja kreatif dan sebagainya. kerana perkara-perkara sebegini memerlukan reaksi yang cepat dan pantas oleh komputer untuk melakukan tugas seterusnya mengikut kehendak pengguna. sebenarnya, terpulang kepada anda yang  ingin membelinya. 
berkenaan Operating System (OS) /Sistem Operasi, terdapat beberapa OS yang sering diguna pakai oleh pengguna, yang paling common ialah Windows, Linux, dan Mac OS. kebanyakan jenama komputer menggunakan Windows, kecuali MacBook (Mac OS). oleh itu, aku akan cerita sedikit mengenai Windows. versi Windows yang masih lagi wujud di pasaran untuk kegunaan ramai adalah Windows7 dan Windows8. serta yang terkini, Windows 8.1. Windows Vista aku tak pasti masih ada di pasaran ataupun tidak. kebanyakan laptop yang menggunakan Windows OS mengesyorkan Windows 8 ke atas. tetapi bagi yang tidak biasa dengan Windows 8 keatas, jangan risau. Windows 7 masih lagi ada. cuma kebanyakan manufacturer akan lebih mengesyorkan Windows 8 keatas. ia juga bergantung kepada jenis laptop tersebut serta tujuannya. 

aspek seterunya yang perlu diberi perhatian adalah jumlah USB port yang disediakan, bluetooth function (sama ada memerlukan adapter ataupun tidak) tapi kebanyakan laptop di pasaran sekarang sudah termasuk sekali dengan bluetooth function. Port untuk HDMI dan lain-lain turut perlu diambil perhatian. SD card slot, charger dan sebagainya. yang paling penting ialah WARRANTY. saiz

Hard Drive turut perlu diberi perhatian. makin besar makin bagus. jika Hard Drive tersebut belum dibuat partition, silalah meminta jasa baik tuan kedai untuk melakukannya sekiranya anda tiada pengalaman dalam melakukan hal sedemikian. ini penting sebagai back up data yang disimpan didalam Hard Drive. sistem bunyi turut perlu diberi perhatian, begitu juga dengan persembahan visual di skrin laptop.

sebenarnya, banyak lagi yang boleh diambil perhatian sewaktu memilih laptop untuk dibeli. apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan dan hanyalah sedikit sahaja mampu ditaip. bila tangan mula rasa malas, nak menaip pun mulalah rasa kebas.

komputer adalah mesin. bukannya manusia.

No comments:

Post a Comment