aku sebenarnya tak berapa nak boleh tidur. tapi bukan insomnia ea.
bila tak boleh nak tidur,aku pun menjayakan kerja burung hantu aku. baca artikel artikel yang menarik, tertarik kau memang da bomb. *menyanyi
aku tertarik dengan artikel yang pendek. pendek tapi padat..
tajuk dia : Drinking Water at the Correct Time to Maximize its Effectiveness on Human Body
di-translatekan menjadi :minum air pada masa yang sesuai bagi memaksimumkan keberkesanan terhadap tubuh badan manusia.
- 2 gelas selepas bangun dari tidur
dikatakan mampu mengaktifkan semula organ dalaman badan. aku tak tahu sejauh mana kebenarannya, sebab aku tak ambil biologi, tapi aku percaya akan hakikat ini. cheewahh
- 1 gelas air pada 30 minit sebelum makan
bagi mebantu pencernaan
- 1 gelas sebelum mandi
ini bagi menurunkan tekanan darah dalam badan. iyalah,mana ada darah luar badan selain lukaku yang dulu kini berdarah semula,ohh sayang *menyanyi
- 1 gelas air sebelum tidur
bertujuan mengelakkan strok atau serangan jantung. tapi kalau dah takdir kita nak kena masa syok mimpi sampai mengigau tu, tak boleh nak buat apa-apa.
okay, ini hanyalah tips untuk kebaikan kesihatan bersama-sama semata-mata. kita sebagai manusia hanyalah mampu mengambil iktibar dan langkah berjaga-jaga. sakit itu datang tak diundang. berikut hanyalah langkah-langkah untuk mengelak risiko berkenaan. tapi kalau dah Tuhan kata engkau akan sakit bangun esok pagi, sakitlah engkau.
peringatan : Sakit itu Kifarah Dosa.
sekian wassalam.
![]() |
Happy Drinking H2O everyone!! |
cr-useful.info
No comments:
Post a Comment