pada malam ini aku nak kongsikan tip terutama kepada adik-adik lepasan SPM 2013. baru habis spm ye? ni nak kongsi maklumat untuk anda yang lepas ini nak kena pergi interview (iv) untuk biasiswa, program lanjutan pelajaran, kerja dan sebagainya.
kebiasaanya orang nak mintak applications sebegini, memang kehadiran resumé, cv dan sebagainya amatlah penting. tapi kebiasaanya (terutama undergraduate students) akan ada error dalam lampiran mereka. sebagai contoh, bagi yang perlu melampirrkan resumé, mereka cenderung untuk melampirkan cv. kenapa?
persoalan tersebut akan terjawab dengan mengenali apa itu cv, resume dan biodata pada asasnya.
![]() |
masa aku ada iv untuk Felda, keadaan dia lebih kurang macam ini |
- resumé
resumé (ray-zoo-may) merupakan perkataan berasal dari Perancis yang bermaksud ringkasan (summary) .
resumé kebiasaaanya merangkumi ringkasan bagi pendidikan, kemahiran-kemahiran dan pekerjaan seseorang sewaktu memohon suatu pekerjaan baharu.
panjang sesuatu resumé ialah 1-2 muka surat
- CV (Curriculum Vitae)
lebih terperinci berbanding resumé. kebiasaanya mempunyai 2-3 muka surat, dan mungkin lebih mengikut keperluan. CV menunjukkan pengalaman profesional seseorang
- Bio-Data
merupakan kependekan bagi biografikal / biografi.
fokus utama bio-data ialah terhadap peribadi seseorang iaitu tarikh lahir, jantina, agama, bangsa, kewarganegaraan, status perkahwinan, kediaman dan sewaktu dengannya.moga-moga info ini boleh memberi manfaat kepada kita semua. dan kepada adik-adik yang nak mintak sponsorship tu, aku nasihatkan kalian apply je semua. dapat ke tidak itu lain cerita.
sekian.
No comments:
Post a Comment