pada malam yang sejuk ini aku nak cerita sedikit tentang benda yang ramai orang nak sekarang ni iaitu POWERBANK
- apa itu Power bank?
power bank kalau kita translate dalam bahasa melayu akan jadi bank kuasa. dalam erti lain suatu peranti yang ada kuasa bagi mengecas. lebih kurang kapasitor lah. peranti ini menyimpan cas - dalam kata lain pengecas sementara.
- mengapa perlu power bank
power bank makin menjadi buruan orang ramai seiring dengan kemajuan dunia teknologi yang serba canggih ni. sebab apa?? orang zaman sekarang semua pakai phone canggih canggih. touch screen, swipe screen lah segala bagai. memang lah best pakai phone canggih tapi ada cons jugak. phone yang jenis sebegitu ; smartphone etc memang akan cepat kehabisan bateri. tak kisahlah kau pakai Samsung ke, iPhone ke, HTC ke, Nokia ke, LG ke,SONY ke. memang semua pattern sama aje bila part bateri ni. sebab memang sudah tercipta sebegitu apabila OS nya pakai Android ke, Windows ke , build yang paling latest ke. tambah-tambah bila main game, bukak wi-fi tapi tak surf internet dan sebagainya. lagipun smartphone kan ada sensor yang memang cepat habiskan bateri. apa guna ada pengecas kalau nak phone tak pernah habis bateri??
oleh itu, adalah golongan cerdik pandai yang mencipta satu barang elektronik yang deberi nama PowerBank. dengan adanya PB ni, ia memudahkan dan menyenangkan para pengguna. kalau habis bateri, grab aje PB ni dan connect ke phone masing-masing. kalau tengah travel pun, tak payah susah-susah nak cari plug, sumber elektrik untuk cas. senang kan???
- Bentuk Power Bank
PB mempunyai pelbagai bentuk dah sekarang. maksudnya, macam-macam rupa dan saiz. ada yang besar sama besar dengan Hard Disk , ada yang kecil sikit, ada yang macam mp3, dan lain-lain. warna yang ditawarkan juga pelbagai-bagai depends brand lah.
- Kapasiti
kapasiti PB juga pelbagai. unit yang digunakan ialah mAh. ada yang 2800 mAh, 4000 mAh, 5600 mAh, 6000 mAh. ada jugak 12 000 mAh. ada yang sehingga mencapai 20 000 mAh. kapasiti itu penting bagi menentukan berapa banyak kali kita boleh cas phone,mp3 dan sebagainya sehingga penuh. bergantung kepada kuasa yang bateri phone itu sendiri perlukan bagi setiap cas. sebagai contoh,
Mini Galaxy kalau tak silap memerlukan 2800 mAh bagi fully charged. jika PB itu 5600 mAh, maka kita boleh cas Mini Galaxy tu sebanyak 2 kali.
5600/2800 = 2 kali
makin besar kapasiti, makin banyak kali devices boleh cas pakai PB.
- Brand
sekarang ni, dah banyak company yang membuat PB sendiri dan jual dengan harga lebih murah kalau nak compare dengan brand terkemuka. ini sepadanlah dengan kualiti PB itu sendiri. kalau nak yang gila punya elok, belilah SeaGate ke, brands yang memang phone punya brands. Sony ke.
tapi aku pakai yang biasa aje
- mahal vs murah
PB mahal sudah tentu lagi elok dari yang murah, sebab ori dan Insya Allah tak harass devices yang di connect ke PB. tapi tak semua yang murah tak berkualiti. depends barang yang ada dalam PB tu. sama ada bateri ion ke lithium. sudah tentu yang lithium lagi bagus. PB yang murah, keberangkalian untuk meletup lebih tinggi berbanding PB yang ori.
lagi mahal, lagi secure.
orang kata, kalau PB yang murah-murah jangan beli besar sangat mAh nya. takut makin cepat rosak a.k.a meletup.
![]() |
No comments:
Post a Comment