maksudnya :
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir.
2. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah
4. Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah.
5. Dan kamu juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku
sembah.
6. Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku.
sumber:http://alambuku.tripod.com/pdf/Tafsir+Surah+Al-kafirun.pdf
insya-Allah..tafsirnya betul
masa aku tengah tunggu solat isya', aku tetiba teringatkan surah ni. aku pernah baca kisah di sebalik turunnya surah ni dalam satu buku bertajuk Biografi Muhammad bin Abdullah..sememangnya buku tu tersangatlah best...
ada satu part dalam buku tu menceritakan tentang orang-orang musyrikin menolak ajaran nabi.
mereka ni memujuk nabi untuk menghentikan dakwah nabi menyebarkan Islam. tak cukup dengan tu, mereka juga turut mengancam pelbagai bentuk ancaman. antaranya, ancaman bunuh. keluarga nabi turut dipulaukan. salah satu benda yang aku rasa teruk gila bila mereka deal dengan nabi n cakap yang diorang akan sembah Allah satu hari tu, n nabi sembah tuhan diorang.pastu esoknya pulak, diorang akan sembah tuhan diorang,nabi sembah Allah. dan seterusnya.. main gilir-gilir pulak.banyak cantik kau!!
selepas tu ,turunlah ayat ni untuk nabi baca depan diorang.sesungguhnya agama Islam ni bukan untuk dimain-main!!
No comments:
Post a Comment